Bantuan BizMan Usahawan Lelaki & OKU Negeri Perak Tahun 2022
Permohonan Bantuan BizMan khas untuk usahawan lelaki dan OKU Negeri Perak tahun 2022 telah di buka. Kepada usawahan lelaki dan OKU negeri Perak di jemput untuk membuat permohonan. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di bawah YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak menjemput para peniaga dan usahawan kecil bagi memohon bantuan peralatan dan bantuan tunai one off bagi tujuan membangunkan perniagaan.
Permohonan terhad kepada satu skim bantuan sahaja samada Bantuan BizNitA, BizMan atau MENTOR MENTI YONG (M2 Yong)
Apa Itu Bantuan BizMan Ushawan Lelaki & OKU
Bantuan ini adalah bertujuan membantu peniaga dan usahawan kecil golongan Lelaki & Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Perak bagi membantu meningkatkan perniagaan dan ekonomi keluarga. Bantuan peralatan perniagaan adalah maksimum RM3000.00
Baca juga : Permohonan Pinjaman Usahawan Perak
Jenis Bantuan
Bantuan berbentuk peralatan perniagaan adalah maksimum RM3000.00
Syarat Permohonan :
- Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki / Orang Kurang Upaya (OKU)
- Berumur 18 keatas
- Telah menjalankan perniagaan lebih dari 3 bulan.
- Perniagaan dijalankan sepenuh masa & separuh masa
- Menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan atau mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan
Anda hanya boleh mengisi 1 (SATU) PERMOHONAN SAHAJA
Dokumen Yang Di Perlukan
Pastikan anda memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai bukti pemprosesan bersama salinan diakui Sah oleh ADUN/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan A iaitu :
- Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan SSM (jika ada)
- Salinan Lesen PBT/Surat Pengesahan dari Agensi
- 3 Salinan sebut harga peralatan yang hendak dibeli
- Gambar Premis/Tangkapan Skrin Kedai Atas Talian
- Surat Akuan Penghulu
Cara Mohon Bantuan BizMan
Permohonan dibuka 13 April 2022 sehingga 20 April 2022 dan boleh dibuat secara online menerusi di pautan berikut: – https://forms.gle/mwyTfbYZrhRnRjJMA
Semakan Status
Anda akan dihubungi oleh pihak seketeria sekiranya permohonan anda diluluskan. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2022, maka permohonan anda adalah tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan BizMan , anda boleh menghubungi Wanita Perak di talian dan emel berikut berikut :
05-5269829 / [email protected]
.