Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022 | Cara Tebus Guna Boost

Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022 | Cara Tebus Guna Boost ~ Sukacita dimaklumkan kepada para penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda kini boleh membuat semakan dan menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost sempena MAIWP Kasih Asnaf Back To School.

Bantuan MAIWP Kasih Asnaf Back To School

Bantuan Kasih Asnaf Back To School adalah merupakan bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.

Proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan kali ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.

Cara Menebus

Bantuan MAIWP
  1. Sila layari laman web dengan mengimbas kod QR dalam poster di atas atau layari pautan berikut: https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/
  1. Klik “Semakan Status Bantuan”.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan murid. 
  1. Sila pastikan Nama, Kategori dan Nombor Telefon E-Wallet adalah betul dan terkini. 
  1. Status e-Wallet Boost anda akan dipaparkan.
  1. Jika nombor telefon tidak berdaftar, sila daftarkan nombor telefon terlebih dahulu untuk menebus bantuan ini.
  1. Pastikan Nombor Telefon yang didaftarkan di BOOST adalah sama dalam semakan bantuan.

NOTA: Sekiranya anda tidak berjaya untuk mengesahkan akaun dalam masa 24 jam, sila cuba sekali lagi.

Untuk rujuk aplikasi BOOST, sila layari pautan berikut: 

Anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Boost seperti video di bawah:

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila emelkan pertanyaan anda ke emel berikut: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!