MyPay Coin Conversion Tukar Duit Syilling Dengan Mudah

Berita baik MyPAY Coin Conversion menawarkan perkhidmatan tukaran duit syilling terus ke akaun bank anda, tanpa perlu ke bank.

Perkhidmatan ini merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MyPay yang membolehkan orang ramai menukar duit syiling mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun bank dengan mudah dan cepat

Apa yang menarik perkhidmatan ini tidak mengenakan sebarang cas tersembunyi. Hanya perlu bawa duit syilling anda ke booth MyPay Coin Conversion untuk membuat penukaran tersebut

Apakah itu MyPay Coin Conversion?

Penukaran wang syiling ini merupakan satu penyelesaian inovatif untuk memudahkan rakyat Malaysia mendepositkan wang syiling ke dalam akaun bank mereka.

Melalui inisiatif ini, mereka yang ingin mendepositkan wang syiling mereka hanya perlu membuat carian rakan MyPay Coin Conversion di dalam aplikasi MyPay. Maklumat akan dipaparkan, seperti waktu beroperasi, lokasi and bantuan GPS untuk memudahkan pengguna yang berminat melakukan penukaran wang syiling.

Cara Guna MyPay Coin Conversion

  • Log masuk akaun MyPay anda dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun daripada Apple Store atau Google Play Store
  • Klik ‘Tambah Syiling’ di belah kanan atas skrin anda
  • Klik ‘Pilih Lokasi’, kemudian ‘Imbas QR’
  • Berikan wang syiling yang ingin ditukar kepada krew MyPay
  • Gunakan MyPay untuk imbas kod QR yang dipamerkan oleh krew MyPay
  • Isikan maklumat akaun bank anda dan pengesahan maklumat untuk dikreditkan ke dalam akaun bank anda
  • Transaksi anda berjaya! Anda akan menerima notifikasi setelah wang dikreditkan ke dalam akaun bank anda

Lokasi MyPay Coin Conversion

Buat masa ini perkhidmatan ini hanya boleh di buat di lokasi berikut ;

Daftar Sebagai Sertai Rakan MyPay Coin Conversion

MyPay juga kini menawarkan rakan niaga kepada mereka yang mempunyai kemudahan kedai fizikal yang mempunyai sambungan internet, kemudahan telefon pintar dan pekerja kaunter.

Antara kelebihan menjadi rakan ialah

  • Meningkatkan kunjungan pelanggan ke lokasi anda
  • Anda memerlukan wang syiling untuk operasi harian perniagaan anda di Lembah Klang

Cara Daftar

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari https://mypay.com.my/coinconversion

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!