Keputusan Gegar Vaganza 2022 & Juara Konsert Akhir

Keputusan Gegar Vaganza 2022 menyaksikan Juara Gegar Vaganza 9 (GV9) 2022 dimenangi oleh Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir yang lain.

Jaclyn dengan lagu It’s All Coming Back to Me Now nyanyian asal Celine Dion pada pusingan pertama, sebelum membawa lagu The Real Slim Shady dan Sang Saka Biru dalam pusingan rap bersama kumpulan V.E

Juara Gegar Vaganza 9 Jaclyn Victor juga membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan percutian ke Paris.

Tempat kedua pula di sandang oleh Bob Yusof yang membawa pulang wang tunai RM80,000, manakala Shila Amzah membawa pulang RM30,000 di tempat ketiga.

Tomok memenangi tempat keempat dengan wang tunai RM20,000, disusuli kumpulan V.E. di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000.

Hazrul Nizam pula meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang RM10,000.

Sementara itu mari kita imbas kembali keputusan Gegar Vaganza 9 minggu pertama sehingga minggu separuh akhir.

Gegar Vaganza 2022 musim kesembilan (GV9) akan bermula dengan konsert minggu pertama  (Grand Konsert) iaitu pada hari Ahad, 18 September 2022. Apakah keputusan gegar vaganza 2022 minggu 9 ? Juri-juri pasti sukar membuat keputusan gegar vaganza 2022 setiap minggu apabila GV9 pada kali ini terdiri daripada peserta yang mempunyai vocal yang mantap dan pernah menerima anugerah-anugerah tertinggi dalam industri nyanyian.

Berikut kami kongsikan keputusan minggu pertama sehingga keputsan gegar vaganza 2022 minggu 10 separuh akhir

Senarai Peserta Gegar Vaganza 9 2022

keputusan gegar vaganza 2022 minggu 7

Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-1 ini melibatkan 13 peserta iaitu peserta solo lelaki yang terdiri daripada Tomok, Bob Yusof, Asheed (Def Gab-C), Hazrul Nizam, Roy Kapilla dan Fuad Rahman (Singapura).

Peserta solo wanita pula terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nazir, Pat Candy, Haida Hassan dan Tom (MyStarz LG). 

Hanya satu peserta berkumpulan yang menyertai Gegar Vaganza 2022 iaitu kumpulan V.E

Kesemua 13 peserta ini akan berentap setiap minggu dengan membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing.

Peserta yang menduduki tangga tercorot juga, berpotensi untuk tersinggir pada minggu seterusnya.

Konsert mingguan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),siaran secara langsung dan eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam, setiap Ahad

Pengacara Gegar Vaganza 2022

pengacara gegar vaganza 2022

Sesi GV9 kali ini menampilkan pengacara yang sinonim dengan program ini iaitu Nabil Ahmad. Musim ini Nabil akan bergandingan dengan Elly Mazlein. Memandangkan Jihan Muse masih berpantang kerana baru sahaja bersalin anak yang kedua

Senarai Juri & Pengkritik Profesional Tetap GV 9 (2022)

Astro telah melantik tiga pengkritik profesional tetap untuk musim ke sembilan iaitu composer dan pemuzik terkenal Datuk Ramli MS (Tok Ram), biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal serta penyanyi Datuk Syafinaz Selamat. Setiap minggu juga, konsert gegar vaganza akan menampilkan seorang juri jemputan yang diundang khas.

Senarai Lagu Dan Keputusan Gegar Vaganza 2022 (GV9)

Setiap minggu fuh.my akan menyenaraikan senarai lagu tugasan mingguan dari minggu 1 hingga peringkat akhir untuk para peserta Gegar Vaganza 2022 beserta tema dan juga keputusan penyingkiran pada konsert minggu setiap minggu.

Peserta GV9 akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu berpotensi untuk tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya.

Keputusan ini akan di nilai oleh Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang.

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 1  -Tema “Kembali Menyengat”

Minggu pertama, seramai 13 bintang GV9 menyampaikan lagu-lagu hit mereka yang menjadi siulan ramai. Minggu ini juga di anggap santai, sebagai pembuka tirai.

Keputusan  Gegar Vaganza 2022 Minggu 1

PESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN

Jumlah Markah Minggu 1 

  1. Jaclyn Victor (Di Bawah Pohon Asmara & Gemilang) – 88.40%
  2. Shila Amzah (Patah Seribu & Memori Tercipta) – 85.00%
  3. Tomok (Sejarah Mungkin Berulang & Meraung) – 84.10%
  4. Dina Nadzir (Cinta Datang Lagi) – 83.80%
  5. Bob Yusof (Cinta Seorang Teman) – 83.60%
  6. Roy Kapilla (Dikir Rambong) – 70.60%
  7. Pat Candy (Akan Ku Tunggu) – 68.40%
  8. VE (Kerna Sayang & Tunggu) – 67.10%
  9. Haida Hasnan (Hajat) – 65.70%
  10. Fuad Rahman (Bila Rindu) – 63.70%
  11. Tom (Lagu Untuk Kuala Lumpur) – 61.50%
  12. Asheed Def Gab C (Cinta Sakti) – 61.20%
  13. Hazrul Nizam (Kaulah Segalanya) – 56.20%


Jaclyn Victor memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang.

keputusan gegar vaganza minggu 1

Meskipun Hazrul Nizam berada di tangga tercorot, penyanyi lagu Kaulah Segalanya itu mara ke minggu depan berikutan tiada penyingkiran.

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 2  -Tema “Malar Segar Mekar Membara”

  • Jaclyn Victor – Gerimis Mengundang (Slam)
  • Shila Amzah – Getaran Cinta Di Jiwa (Liza Hanim)
  • Tomok – Janji Padamu (Exists)
  • Dina Nadzir – Ku Teruskan (Siti Sarah)
  • Bob Yusof – Kepulangan (Raziz Ismail)
  • Roy Kapilla – Izinkan Selamanya Namamu Dihati (Kumpulan EYE)
  • Pat Candy – Makhluk Tuhan Paling Seksi (Mulan Jameela)
  • VE – Kasih Berubah (Ferhad)
  • Haida – Di Sebalik Sejuta Wajah (Shima)
  • Fuad Rahman – Suara Cinta (Kumpulan Mega)
  • Tom – Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)
  • Asheed – Percayakan Siti (Exists)
  • Hazrul Nizam – Untukmu Ibu (Exists)

Keputusan Penyingkiran Gegar Vaganza 2022 Minggu 2

PESERTA TERSINGKIR : ROY KAPILLA

Jumlah Markah Minggu 2

  1. Tomok (Janji Padamu) – 80.00%
  2. Hazrul Nizam (Untukmu Ibu) – 79.80%
  3. Shila Amzah (Getaran Cinta Di Jiwa) – 78.90%
  4. VE (Kasih Berubah) – 74.50%
  5. Jac (Gerimis Mengundang) – 74.40%
  6. Pat Candy (Makhluk Tuhan Paling Sexy) – 69.30%
  7. Bob (Kepulangan) – 64.50%
  8. Dina (Ku Teruskan) – 61.40%
  9. Asheed Def Gab C (Percayakan Siti) – 60.60%
  10. Tom (Kemaafan Dendam Yang Terindah) – 59.90%
  11. Fuad Rahman (Suara Cinta) – 57.90%
  12. Haida (Di Sebalik Sejuta Wajah) – 57.80%
  13. Roy Kapilla (Izinkan Selamanya Namamu Di Hati) – 53.20% (Tersingkir)

Penyanyi Roy Kapilla menjadi peserta pertama yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) apabila tersingkir setelah menduduki tempat tercorot pada konsert minggu kedua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.

Roy yang menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati yang dipopularkan kumpulan EYE gagal memikat hati juri untuk terus kekal bagi menghadapi minggu seterusnya

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 3  -Tema “Lagu Pilihan Netizen”

  • Tomok – Hukum Karma (Wings)
  • Hazrul Nizam – Fatwa Pujangga (S Affendi)
  • Shila Amzah – Secangkir Madu Merah (Amelina & Sheeda)
  • VE – Dari Sinar Mata (Kumpulan BPR)
  • Jaclyn Victor – Perawan Atau Janda (Cita Citata)
  • Pat Candy – Cinta Gila (Juliana Banos)
  • Bob Yusof – Zalikha (Floor 88)
  • Dina Nadzir – Laksamana Raja Di Laut (Iyeth Bustami)
  • Asheed – Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)
  • Tom – Goyang Inul (Inul Daratista)
  • Fuad Rahman – Gadis Melayu (Othman Hamzah)
  • Haida – Nang (Iman Troye)


Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 3

PESERTA TERSINGKIR : HAIDA

Jumlah Markah Minggu 3

  1. Shila Amzah (Secangkir Madu Merah) – 78.80%
  2. Bob Yusof (Zalikha) – 77.30%
  3. Hazrul Nizam (Fatwa Pujangga) – 71.90%
  4. Asheed Def Gab C (Yang Penting Hepi) – 71.60%
  5. Jaclyn Victor (Perawan Atau Janda) – 71.40%
  6. Tomok (Hukum Karma) – 66.80%
  7. Fuad Rahman (Gadis Melayu) – 65.90%
  8. VE (Dari Sinar Mata) – 61.90%
  9. Dina Nadzir (Laksmana Raja Dilaut) – 61.70%
  10. Pat Candy (Cinta Gila) – 56.70%
  11. Tom (Goyang Inul) – 55.50%
  12. Haida Hasnan (Nang) – 53.40%

Menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan oleh Iman Troye, Haida menerima markah terendah iaitu 53.4 peratus seterusnya menjadi peserta kedua yang tersingkir

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 4  -Tema “Aman Di Mata, Damai Di Hati”

  • Shila Amzah – Pudar (Indah Ruhaila)
  • Bob Yusof – Sumayyah (Hijjaz)
  • Hazrul Nizam – Ku Mohon (Sheila Majid)
  • Asheed – Andai Ku Tahu (Ungu)
  • Jacyln Victor – You Raise Me Up (Secret Garden)
  • Tomok – Kau Yang Satu (Datuk Ramli Sarip)
  • Fuad Rahman – Layang-Layang Terputus Talinya (Alleycats)
  • VE – Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya)
  • Dina Nadzir – Mewangi (Akim & The Majistret)
  • Pat Candy – Kembara Di Tanah Gersang (Al Jawaher)
  • Tom – Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin)

Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 4

PESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN

Jumlah Markah Minggu 4

  1. Jaclyn Victor (You Raise Me Up) – 85.00%
  2. Bob (Sumayyah) – 80.20%
  3. VE (Kaulah Segalanya) – 79.10%
  4. Tomok (Kau Yang Satu) – 77.60%
  5. Hazrul Nizam (Ku Mohon) – 75.70%
  6. Shila Amzah (Pudar) – 74.60%
  7. Dina Nadzir (Mewangi) – 68.20%
  8. Fuad Rahman (Layang Layang Terputus Talinya) – 65.00%
  9. Asheed Def Gab C (Andai Ku Tahu) – 64.20%
  10. Tom (Hanya Satu) – 58.50% Pat Candy (Kembara Di Tanah Gersang) – 55.60%


TIADA penyingkiran! Semua 11 bintang bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) layak mara ke konsert kelima GV9 yang berlangsung pada Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dalam pada itu, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara konsert malam ini apabila mendapat markah tinggi menerusi lagu You Raise Me Up nyanyian asal penyanyi antarabangsa Josh Groban.

Malam konsert minggu ke 5, menyaksikan Fuad Rahman berasa sebak sehingga mengalir air mata ketika menyampaikan lagu Layang-Layang Terputus Talinya pada konsert minggu keempat yang berlangsung di MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.

Lagu nyanyian asal Alleycat itu membuatkan Fuad terkenang kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan mengambil dadah.

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 5  -Tema “Ku Seru, Lagu Bertemu”

  • Jacyln Victor & Aina Abdul – Cinta (Marsha Milan)
  • Bob Yusof & Zizi Kirana – Ombak Rindu (Hafiz & Adira)
  • VE & Nikki Palikat – Hanya Memuji (Marcell & Shanty)
  • Tomok & Suki Low – Mawarku (Mawarku (Pancha Sitara & P.Ramlee Quartet) Hazrul Nizam & Liza Hanim – Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah)
  • Shila Amzah & Mimi Fly – Tamparan Wanita (Elite)
  • Dina Nadzir & Kaka Azraff – Karma (Cokelat)
  • Fuad Rahman & Naqiu – Gemuruh (Search & Wings)
  • Asheed & Tam Spider – Angin (Dewa 19)
  • Tom & Muss – Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain)
  • Pat Candy & Aepul Roza – Babak Pertama (Drama Band)

Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 5

PESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN

Jumlah Markah Minggu 5

  1. Jaclyn Victor & Aina Abdul (Cinta) – 92.40%
  2. Shila Amzah & Mimi Fly (Tamparan Wanita) – 82.20%
  3. Fuad Rahman & Naqiu (Gemuruh) – 81.70%
  4. Bob Yusof & Zizi Kirana (Ombak Rindu) – 81.40%
  5. Tomok & Suki (Mawarku) – 79.20%
  6. Tom & Muss (Senja Nan Merah) – 76.40%
  7. VE & Nikki Palikat (Hanya Memuji) – 76.00%
  8. Hazrul Nizam & Liza Hanim (Haram) – 73.90%
  9. Dina Nadzir & Kaka Azraff (Karma) – 67.60%
  10. Asheed Def Gab C & Tam Spider (Angin) – 66.20%
  11. Pat Candy & Aepul Roza (Babak Pertama) – 58.40%

Vokalis Candy, Pat menjadi peserta ketiga meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), pada Ahad.

Dalam konsert minggu kelima, Pat yang berduet dengan Aepul Roza daripada Drama Band menyampaikan lagu Babak Pertama, gagal memikat hati juri apabila menerima markah terendah iaitu 58.4 peratus

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 6  -Tema “Citarasa Antara Benua”

  • Jaclyn Victor – Bukan Rayuan Gombal (Judika)
  • Shila Amzah – I Will Show You (Ailee)
  • Fuad Rahman – My Sacrifice (Creed)
  • Bob Yusof – Kurik Kundi (Dato’ Siti Nurhaliza)
  • Tomok – Everybody (Backstreet Boys)
  • Tom – I Hate Myself For Loving You (Joan Jett & the Blackherats)
  • VE – Killing Me Softly With His Song (Lori Lieberman)
  • Hazrul Nizam – Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (Teresa Teng)
  • Dina Nadzir – Januari (Glenn Fredly)
  • Asheed – Sweet Child O’Mine (Guns N’ Roses)


Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 6

PESERTA TERSINGKIR : TIADA PENYINGKIRAN

Jumlah Markah Minggu 6

  1. Tomok (Everybody) – 84.00%
  2. Jaclyn Victor (Bukan Rayuan Gombal) – 82.40%
  3. Shila Amzah (I Will Show You) – 76.60%
  4. Bob Yusof (Kurik Kundi) – 76.40%
  5. Hazrul Nizam (Yue Liang Dai Biao Wo De Xin) – 74.30%
  6. VE (Killing Me Softly With His Song) – 73.60%
  7. Fuad Rahman (My Sacrifice) – 73.10%
  8. Tom (I Hate Myself For Loving You) – 63.50%
  9. Asheed Def Gab C (Sweet Child O’ Mine) – 59.90%
  10. Dina Nadzir (Januari) – Tidak membuat persembahan

Dina Nadzir mengakui sebak melihat persembahan rakan-rakan yang menggantikannya pada konsert minggu keenam selepas pemergian bapa tercinta, Mohd Nadzir Gulam Kadir, Ahad lalu

Sebak hilang bapa belum reda lagi. Bila salah seorang sahabat saya tunjuk video persembahan Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tom menyanyikan lagu Januari menggantikan saya pada malam itu, tak dapat saya tahan air mata ini.

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 7  -Tema “Merentas Masa Kencang Selamanya”

  • Tomok – Kenangan Lalu (The Flybaits)
  • Jaclyn Victor – Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)
  • Shila Amzah – Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu (Ramlah Ram)
  • Bob Yusof – Kasih (Sudirman)
  • Hazrul Nizam – Azizah (P. Ramlee)
  • VE – Belaian Jiwa (Carefree)
  • Fuad Rahman – Hari Ini Dan Semalam (J. Mizan)
  • Tom – Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)
  • Asheed – Pagi Yang Gelap (Hujan)
  • Dina Nadzir – Lady Marmalade (Labelle)


Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 7

PESERTA TERSINGKIR : Tom

Jumlah Markah Minggu 7

  1. Bob Yusof – Kasih (Sudirman)  85.6%
  2. Shila Amzah – Kau Kunci Cintaku Dalam Hati Mu (Ramlah Ram) 84.10%
  3. Tomok – Kenangan Lalu (The Flybaits) 81.50%
  4. Dina Nadzir – Lady Marmalade (Labelle) 77.10%
  5. VE – Belaian Jiwa (Carefree) 76.60%
  6. Jaclyn Victor – Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee) 76.40%
  7. Hazrul Nizam – Azizah (P. Ramlee) 68.70%
  8. Asheed – Pagi Yang Gelap (Hujan) 63.30%
  9. Fuad Rahman – Hari Ini Dan Semalam (J. Mizan) 57.80%
  10. Tom – Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) 55.20%

Selepas minggu ketujuh berjuang di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom akhirnya tersingkir apabila lagu Akhirnya Kini Pasti di popularkan oleh Anita Sarawak gagal menambat hati juri dengan hanya mendapat markah 55.20% daripada juri, setersunya meletakkan beliau sebagai peserta tercorot pada minggu ketujuh.

Senarai Lagu & Keputusan GV9 2022 Minggu 8 – Tema “Kata Di Kota, Nama Di Carta”


  • Bob Yusof – My Baby You (Marc Anthony)
  • Shila Amzah – Coba (Faizal Tahir)
  • Tomok – Mentera Semerah Padi (Dato’ M. Nasir)
  • Dina Nadzir – Hijau (Dato’ Zainal Abidin)
  • VE – Rozana (Search)
  • Jacyln Victor – Lelaki Ini (Anuar Zain)
  • Hazrul Nizam – Widuri (Bob Tutupoli)
  • Asheed – Tiara (Kris)
  • Fuad Rahman – Laila Namamu Teratas (Search)

Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 7

PESERTA TERSINGKIR : Tiada peserta tersingkir

Jumlah Markah Minggu 8

  • Jaclyn Victor (Lelaki Ini) – 85%
  • VE (Rozana) – 80.4%
  • Tomok (Mentera Semerah Padi) – 79%
  • Hazrul Nizam (Widuri) – 73.4%
  • Bob (My Baby You) – 72.9%
  • Shila Amzah (Coba) – 71.2%
  • Fuad Rahman (Laila Namamu Teratas) – 69.8%
  • Asheed (Tiara) – 63.2%
  • Dina (Hijau) – 60.6%

Biarpun menerima markah terendah sebanyak 60.6%, namun Dina Nadzir menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.

Program realiti Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) membuat kejutan apabila pertandingan ditambah satu minggu lagi. Sepatutnya suku akhir pada hari ini tapi pihak Astro menambah seminggu lagi. Konsert akhir sepatutnya berlangsung pada 20 November tetapi ditukar kepada 27 November 2022,” katanya.

Perkara ini diumumkan oleh Pengacaranya Nabil Ahmad dan Elly Mazlein ketika pembukaan GV9 minggu kelapan pada malam Ahad.

Sehingga minggu kelapan, masih ada sembilan lagi peseta yang berjuang merebut gelaran juara

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza GV9 Minggu 9 – Tema “You Like I like”

  • Jaclyn Victor – Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussin)
  • VE – I Swear (All-4-One)
  • Tomok – Awas (KRU)
  • Hazrul Nizam – Writing On The Wall (Sam Smith)
  • Bob Yusof – Surga Di Telapak Kaki Ibu
  • Shila Amzah – Survivor (Destiny Child)
  • Fuad Rahman – Enter Sandman (Metallica)
  • Asheed –Lena Diulit Intan (Wings)
  • Dina Nadzir – Unbreak My Heart (Toni Braxton)

Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 9

PESERTA TERSINGKIR : Asheed Def Gab C

Jumlah Markah Minggu 9

  • Shila Amzah (Survivor) – 85.30%
  • Hazrul Nizam (Writing’s on the Wall) – 81.00%
  • Jaclyn Victor (Lagu Untukmu) – 80.50%
  • Bob Yusof (Surga Ditelapak Kaki Ibu) – 79.70%
  • Dina Nadzir (Un-Break My Heart) – 77.80%
  • Fuad Rahman (Enter Sandman) – 77.20%
  • Tomok (Awas) – 67.30%
  • VE (I Swear) – 64.20%
  • Asheed Def Gab C (Lena Diulit Intan) – 58.60%

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 10 – Tema “Separuh Aku, Ada Kamu”

Lagu Solo

  • Shila Amzah – Sang Dewi (Titi Dj)
  • Hazrul Nizam – Hal Hebat (Govinda)
  • Jaclyn Victor – Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
  • Bob Yusof – Ajari Aku (Adrian Martadinata)
  • Dina Nadzir – Bukan Dia Tapi Aku (Judika)
  • Fuad Rahman – Di Alam Fana Cintamu (Fotograf)
  • Tomok – Suatu Masa (M. Nasir) V.E – Azura (Jamal Abdillah)

Lagu Duet Bersama

  • Sampai Bila (Misha Omar)
  • Boneka (Ernie Zakri)
  • Kau Pun Sama (Syamel)
  • Seniman Menangis (Ismail Haron)


Keputusan gegar vaganza 2022 minggu 9, menyaksikan Shila Amzah menjadi peserta yang memenangi anugerah bintang memukau adabi

Minggu 10 akan menjadi minggu separuh akhir, menyaksikan peserta akan menyanyikan dua buah lagu. Lagu kedua peserta akan menyanyi secara duet bersama artis jemputan atau secara duet bersama peserta.

Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 10

PESERTA TERSINGKIR : Fuad & Dina Nadzir

Jumlah Markah Minggu 10

  • Jaclyn Victor – Tapi Bukan Aku (Kerispatih) – 84.35%
  • Shila Amzah – Sang Dewi (Titi Dj) – 79.20%
  • Bob Yusof – Ajari Aku (Adrian Martadinata) – 78.70%
  • Tomok – Suatu Masa (Dato M.Nasir) – 75.95%
  • Hazrul Nizam – Hal Hebat (Govinda) – 75.80%
  • VE – Azura (Dato Jamal) – 74.30%
  • Dina Nadzir – Bukan Dia Tapi Aku (Judika) – 59.20%
  • Fuad Rahman – Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) – 58.30%

Tak keluar dari kotak antara punca bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Fuad Rahman dan Dina Nadzir tersingkir di minggu separuh akhir yang berlangsung pada malam semalam.

Menurut ketua juri Datuk Ramli MS, persembahan Fuad dan Dina pula dianggap tiada perubahan selain hanya duduk dalam zon selesa sepanjang 10 minggu GV9 berlangsung

Senarai Lagu & Keputusan Gegar Vaganza 9 Minggu 11 Final – Tema “Kemanisan Di Akhir Garisan”

Battle Round

  • Jaclyn Victor & VE : Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alif) & The Real Slim Shady (Eminem)
  • Shila Amzah & Tomok : Too Legit To Quit (McHammer) & Parti Sampai Pagi (Karmal)
  • Bob & Hazrul Nizam : Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyh)

Lagu Solo

  • Jaclyn Victor – It’s All Coming Back To Me Now (Celine Dion) & This Is Me (Keala Settle)
  • Shila Amzah – Secret Love Song (Little Mix ft. Jason Derulo) & Tak Ada Logika (Agnes Monica)
  • Bob Yusof – Rahasia Perempuan (Ari Lasso) & Sejati (Wings)
  • Tomok – Berhenti Berharap (Sheila On 7) & Time Is Running Out (Muse)
  • Hazrul Nizam – Crazy (Gnarls Barkley) & Terlanjur Cinta (Hael Husaini & Cakra Khan)
  • V.E – Ikhlas Tapi Jauh (Zainal Abidin) & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika)

Keputusan Gegar Vaganza 2022 Minggu 11 (Final)

  • Juara Gegar Vaganza 9 – Jaclyn Victor
  • Tempat kedua – Bob Yusof
  • Tempat ketiga – Shila Amzah
  • Tempat keempat -Tomok
  • Kelima -V.E
  • Keenam – Hazrul Nizam

Juara Gegar Vaganza 9 Jaclyn Victor juga membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan percutian ke Paris


Konsert akhir GV9 yang akan mementukan juara gegar vaganza 9 2022 telah di adakan pada 27 November 2022 di Auditorium MBSA, Shah Alam atau anda juga boleh menonton secara langsung dan Siaran ulangan gegar vaganza selain menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123) bermula jam 9 malam, setiap Ahad, anda juga boleh menonton di saluran youtube AstroGempak


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!