Pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) Sehingga RM300,000

Berita baik, Bank Simpanan Nasional Berhad menawarkan pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat). Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap. Kini, anda boleh memiliki kediaman sendiri.

Warganegara yang berminat boleh membuat permohonan pembiayaan BSN MyHome sehingga RM300,000 bergantung kepada terma dan syarat kelayakan.

 

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara atas talian.

Apa Itu BSN MyHome ~Skim Pinjaman Perumahan Rakyat (PPR)

Ianya adalah Produk Pinjaman Perumahan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap dengan syarat-syarat pemohon seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional Berhad. Pembiayaan sehingga RM300,000

 

Baca juga : HDAS | Cara Memohon Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak 2022

Ciri-Ciri Manfaat

  • Pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & LTHOT).
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

 

 

Syarat Kelayakan BSN MyHome ~Skim Pinjaman Perumahan Rakyat (PPR)

  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
  • Pemohon Individu / Bersama
  • Mempunyai bukti bekerja sendiri
  • Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
  • Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
  • Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja
  • Masih belum mengambil pinjaman perumahan dengan lain-lain institusi kewangan
  • Wajib mempunyai akaun BSN Giro/i / BSN Giro/i account holder.

 

Kadar Faedah / Interest

  • Tempoh pinjaman 30 tahun
  • Margin pinjaman 90%
  • Ilustrasi di atas adalah berdasarkan hartanah siap, jumlah pinjaman RM120,000, dan tempoh 30 tahun
  • Contoh di atas adalah untuk ilustrasi sahaja. Ia mungkin tidak menunjukkan keadaan atau tanggungjawab sebenar untuk setiap produk BSN MyHome.

 

Fi & Caj Bayaran Lain

  • DUTI SETEM
    Dokumen Utama – Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
    Dokumen-dokumen Lain – RM 10.00

 

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web https://www.bsn.com.my/PersonalBanking/Loans/bsn-myhome-ppr

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pembiayaan BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat), anda boleh melayari laman web www.mybsn.com.my / atau anda juga boleh hubungi ;

 

Alamat / Address : Pusat Khidmat Pelanggan, BSN

Tel : 1300 88 1900 / 03-2613 1900 (Luar Negara) / (Overseas)

Faks / Fax : 03-2613 1888

Emel / Email : [email protected]

 

Soalan lazim

Apakah BSN MyHome (Skim Pinjaman Perumahan Rakyat )?

Ianya adalah Produk Pinjaman Perumahan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap dengan syarat-syarat pemohon seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional Berhad. Pembiayaan sehingga RM300,000

Berapakah jumlah pinjaman BSN MyHome?

Dari RM25,000 hingga RM300,000

Apakah yang dimaksudkan dengan Kadar Asas (KA)?

KA yang ditawarkan kami bagi produk ini terdiri daripada dua bahagian; Kos Dana [Cost of Fund (COF)] pada kadar tertinggi yang ditawarkan dan ‘Mandated Holding Cost’.

 

Apakah senario yang mungkin menyebabkan perubahan pada Kadar Asas (KA)?

KA boleh meningkat atau menurun disebabkan oleh perubahan pada COF dan Mandated Holding Cost. Perubahan pada COF dan Mandated Holding Cost boleh berlaku disebabkan oleh perubahan perancangan dan strategi perniagaan, keadaan pembiayaan pasaran umum dan Kadar Dasar Semalaman [Overnight Policy Rate (OPR)] seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia, selepas mengambil kira faktor-faktor lain seperti keadaan ekonomi global dan domestik.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!