Insentif i-Perantau Bayaran One-Off Bantuan Anak Terengganu di Perantauan

Terbaru, Insentif i-Perantau untuk membantu anak –anak Terengganu yang berada di perantauan. Kerajaan Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan apabila golongan itu turut menikmati bantuan Aidilfitri menerusi inisiatif i-Perantau yang baharu diperkenalkan.

Syarat permohonan i-Perantau adalah seperti i-Fitri iaitu bagi ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi pemberian bantuan one-off kepada seramai 5,000 ketua isi rumah (KIR) yang layak.

Apa Itu i-Perantau Terengganu 2022

i perantau terengganu 2022

 

Ianya merupakan insentif bantuan tunai one-off oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk membantu anak-anak Terenganu mampu pulang beraya dengan selesa dan dapat memberi keringanan kepada mereka yang memerlukan

Baca juga : Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam RM500

Syarat Permohonan i-Perantau Terengganu

Kategori A – Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500

  1. Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Teréngganu
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan “ISI RUMAH” TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
  3. Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
  5. Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
  6. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan “ISI RUMAH” TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  7. Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan:
  • i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.
  • ii. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
  • iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  • iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)
  1. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  2. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apaapa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Kategori B Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000

  1. Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Teréngganu
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).
  3. Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
  5. Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
  6. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan dan di sahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  7. Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah di muat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan:

 

  • i. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.
  • ii. Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
  • iii. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.
  • iv. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)
  1. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  2. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apaapa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

 

Cara Mohon Insentif i-Perantau Terengganu

  1. Permohonan boleh dibuat secara online bermula 24 April 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 2 Mei 2022.
  2. Insentif ini, boleh dibuat dengan melalui pautan berikut https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Dokumen di Perlukan

Setiap permonan juga perlu disertakan

  1. Borang-borang lampiran
  2. Borang SPRM

Borang ini boleh di muat turun menerusi pautan sama permohonan online

Cara Bayaran

Bayaran pertama i-Perantau akan mula dibuat pada 15 Mei bermula di zon Lembah Klang serta disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

Wakil Sakateria Mengikut Negeri

BIL NAMA NEGERI NAMA WAKIL PERANTAU NO TELEFON
 

 

 

1

 

 

SELANGOR / KUALA LUMPUR

MOHD GHAFIR HUZAILI 010-3000561
FIRDAUS ABD LATIF 013-2464737
ABU IZZAT 019-3630035
2 PERAK MOHAMAD FAUZI JUSOH 013-3501075
3 JOHOR MUHAMMAD FADHIL GHAZALI 011-11442011
4 MELAKA MOHD LUDIN MOHAMED RAHIM 019-9866119
 

5

 

NEGERI SEMBILAN

SAFRI ISMAIL 013-3091803
UST SABRI 016-2121014
 

6

 

KEDAH / PERLIS

DR MUHAMMAD HASNUL HADI 019-9884117
USTAZ AZEMI 019-4401200
7 PULAU PINANG UST ZAKARIA HAMZAH 013-4933060
8 PAHANG DR RAZALI MUDA 012-6643801
9 SABAH MOHD ANUAR BIN ALI 013-8100679

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan , anda boleh hubungi talian 011-51754924 atau 011-51754969 atau terus layari website https://ibantuan.terengganu.gov.my/#

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *