Anggun Niaga : Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2022

Anggun Niaga: Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2022 ~ Berita baik buat usahawan kecil yang berasal dari negeri Pahang,  Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2022 kini telah dibuka sehingga 28 Februari 2022 ini. 

Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal (Anggun Niaga)

Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal (Anggun Niaga) ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diwujudkan dalam perangkaan bajet tahun lalu. 

Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM280,000 untuk melaksanakan Program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one-off bernilai RM1,000 setiap seorang membabitkan 280 usahawan kecil ibu tunggal di seluruh negeri.

Anggun Niaga

Syarat Permohonan

Sila baca dengan teliti syarat-syarat kelayakan dibawah sebelum memohon untuk mengelakkan permohonan anda ditolak. 

  • Warganegara Malaysia berumur 20-55 tahun.
  • Ibu Tunggal semasa memohon.
  • Telah menjalankan perniagaan.
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Cara Membuat Permohonan

Untuk memohon, calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan mengisi borang melalui pautan berikut: https://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8

Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi anda seperti; nama, kad pengenalan, umur, alamat, no telefon, status perkahwinan, pekerjaan, pendapatan, daerah, parlimen, dun. 

Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya.

PENTING: Tarikh tutup permohonan program bantuan ini adalah 28 Februari 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Pahang dan laman Facebook Kerajaan Negeri Pahang.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!