MyLesen B2 2023 : Daftar Program Bantuan Lesen B40 Percuma

MyLesen B2 2023 iaitu Program Bantuan Lesen Motorsikal Kelas B2 secara percuma kepada belia golongan B40. Anda boleh semak kelayakan untuk pendaftaran MyLesen B2 yang kini telah dibuka.

Untuk makluman, permohonan ini adalah terhad, dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberikan insentif ini bagi membantu golongan belia B40 yang terjejas bagi membolehkan mereka mendapatkan lesen motorsikal B2.

Program MyLesen B2 Bantuan Lesen Motorsikal Kelas B2

mylesen b2

Seperti yang terdapat dalam Belanjawan Madani 2023, kerajaan memperuntukan sebanyak RM2.7 juta bagi program bantuan MyLesen B2 yang akan memberi manfaat kepada 9000 golongan belia.

Baca juga : MyPSV Bantuan Lesen E-Hailing PSV Percuma 2023

Dengan insiatif ini, kerajaan berharap golongan belia B40 yang terjejas ekonomi semenjak pandemik covid-19 agar dapat meringankan beban para belia mendapatkan lesen kelas b2 seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka dengan cara melaksanakan pekerjaan di sektor gig.

Penyertaan ditawarkan hanya kepada penerima bantuan Kerajaan seperti:

  • eKasih
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Zakat
  • Baitulmal
  • Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN

Tempoh Masa & Tempat Program MyLesen B2 Dijalankan

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian leh setiap peserta untuk menjalani latihan dan memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut ;

  • Kursus Teori (KPP01) 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01) -1 Jam
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) -9.5 Jam
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) -6 Jam
  • Pra Ujian (QTI) -30 Minit Ujian JPJ

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang ujian    memandu bagi memperoleh Lesen telah ditetapkan oleh JPJ sahaja.

Syarat Kelayakan Memohon MyLesen B2

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
  • Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
  • Sihat tubuh badan dan mental;
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu; dan
  • Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah

Cara Daftar Program MyLesen B2 2023

Bagi anda yang berminat untuk memohon program MyLesen B2, permohonan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri masing-masing. Ini kerana tarikh permohonan dan tarikh tutup adalah berbeza mengikut negeri.

MyLesen B2 2023 Perak

mylesen b2 2023

MyLesen B2 Pahang

mylesen b2 2023
  • Tarikh permohonan 10 Julai 2023
  • Tarikh tutup : 21 Julai 2023
  • Borang penyertaan boleh didapati di Kompleks JPJ Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang atau di Pejabat Cawangan JPJ Pahang
  • Untuk pertanyaan hubungi : 09-5736622

MyLesen B2 Melaka

  • Pertanyaan, hubungi urusetia : 06-251 4049 / 06-251 4050

Manakala semakan bagi negeri-negeri lain boleh merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Negeri (JPJ) negeri masing-masing

Semakan Keputusan Permohonan

Peserta yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan emel

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat berkaitan program MyLesen B2 2023, anda boleh layari website ; https://www.jpj.gov.my/

Soalan Lazim F.A.Q

Apakah kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2?

Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.)

Dimanakah peserta boleh membuat pendaftaran bagi Program MyLesen B2?

Penyertaan tidak terbuka dan hanya ditawarkan kepada penerima bantuan Kerajaan seperti eKasih/ JKM/ JAKOA/ Zakat Baitumal/ LHDN/ B40

Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2?

Tidak

Baca juga : Cara Renew Lesen Memandu 2023 Secara Online

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!