Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2021

Kepada calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuka tawaran biasiswa pengajian ke luar negara melalui Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2021.

Untuk makluman, PNB merupakan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara dan telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia.

Selain sebagai syarikat yang menumpukan kepada pelaburan negara, PNB juga turut membantu pengajian pelajar-pelajar cemerlang seperti menawarkan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB kepada mereka yang layak.

Bagi calon-calon yang berminat, tarikh tutup permohonan anugerah biasiswa ini adalah pada 29 Jun 2021.

Syarat Kelayakan Minima

Calon-calon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayak minima iaitu:

  1. Calon memperolehi gred minima 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) sahaja) bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2020.
    Gred A– (Cemerlang) tidak diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A.
  2. Calon memperolehi gred minima 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia 2020.
  3. Umur pemohon tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2021.
  4. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan serta mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
  5. Calon mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang.
  6. Tiada keluarga terdekat calon yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.

Syarat Tawaran Biasiswa

Selain syarat kelayakan minima, calon-calon juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan biasiswa iaitu:

  1. Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di kolej persediaan dalam negara (Malaysia) yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti luar negara yang ditetapkan dan berdasarkan kelulusan PNB.
  2. Pemohon dikehendaki menulis di Bahagian IV dengan teliti 3 pilihan program pengajian sahaja kecuali Perubatan, Farmasi, Pergigian dan program pengajian yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras PNB.
  3. Setelah lulus pengajian peringkat persediaan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh PNB, pemegang biasiswa perlu mendapat tempat di universiti luar negara yang ditetapkan oleh PNB untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.pnb.com.my/.
  2. Pada bahagian Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB, sila klik ‘Mohon Sekarang.’
  3. Kemudian, di bahagian Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara PNB 2021, klik butang ‘Mohon Di Sini.’
  4. Isi maklumat di borang permohonan yang dimuat turun tersebut.
  5. Sediakan dokumen wajib yang diperlukan.
  6. Hantar borang permohonan dan dokumen wajib ke email [email protected].

Dokumen Wajib

Dokumen wajib yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Gambar berukuran passport.
  2. Salinan MyKad pemohon.
  3. Salinan slip keputusan penuh SPM 2020.
  4. Salinan slip gaji bulanan terkini (2021) bapa dan ibu atau penjaga; dan atau
  5. Salinan Penyata Pendapatan untuk LHDN terkini (Penggajian/Perniagaan) ibu dan bapa atau penjaga; dan atau
  6. Salinan Kad Pesara dan slip Penyata Bayaran Pencen Bulanan terkini.
  7. Salinan Sijil Penilaian Ko-kurikulum Sekolah Menengah meangkumi Sijil Penilaian Ko-kurikulum yang memaparkan Markah Purata Terkumpul (PNGK) sahaja.
  8. Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ahmad Radhi daripada Unit Pendidikan PNB di talian 03-20505858.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!