Dermasiswa B40 JPA (DB40) : Pengajian Peringkat Diploma

Sukacita di maklumkan Program Dermasiswa B40 JPA bagi mengikuti pengajian peringkat diploma 2022 telah dibuka. Tarikh permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang hingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang. Program ini merupakan tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Sesi ini khusus untuk calon lepasan SPM 2021

Apa Itu Program Dermasiswa B40 JPA (DB40)

dermasiswa b40 jpa 2022

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar- pelajar SPM 2021 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Permohonan

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
  • Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus

  • Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:
    1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil; dan
    2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  • Bagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
    1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
    2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

Cara Memohon Dermasiswa B40 JPA

  • Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my
  • Permohonan hanya di buka selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.
  • Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Semakan Keputusan Permohonan Dermasiswa B40 JPA

  • Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022.
  • Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
  • Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan mengenai program Dermasiswa B40 JPA (DB40) dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!