Tawaran Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB

TAHUKAH ANDA? Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan satu mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar / miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one-off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Harian / Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian ( Latihan / Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Apakah Bantuan Pendidikan BaktiDesa KPLB?

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB telah dilancarkan pada 21 Julai 2005 sebagai satu mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar yang menetap di luar bandar agar dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan yang telah diiktiraf.

Bantuan secara one-off ini ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan serta telah mendapat tawaran di pusat pendidikan seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut :

Peringkat PengajianKadar Bantuan
SBP, MRSM, Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan Pendidikan bertaraf sijil)RM 500.00
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama)RM 1,000.00

Syarat-Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garisan Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah :
Bantuan Pendidikan BAKTIDESA
  • Telah ditawar/diterima masuk ke SBP, MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
  • Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

Baca Juga : Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 Dibuka

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu kemukakan semua salinan dokumen seperti yang disenaraikan di bawah.

Semua salinan dokumen perlulah disahkan oleh pegawai kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Penghulu, pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan surat tawaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah Asrama Harian/ Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/ Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/ Slip gaji bulanan ayah/ibu ata waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/ slip gaji, pengeesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Cara Memohon

Borang permohonan rasmi serta lampiran lengkap hendaklah dihantar melalui pos kepada pihak urus setia AAB, KPLB di alamat berikut :

URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA (AAB), KPLB

Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,

Kementerian Pembangunan Luar Bandar,

Aras 24, No. 47 Persiaran Perdana Presint 4,

62100 Putrajaya

No. Telefon : 03-8891 2226/2237/2225

No. faks : 03-8888 2336

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan sila ke pautan berikut :

https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!