Program Diploma To Bachelor Tajaan JPA D2B

Berita baik Program Diploma to Bachelor 2022 tajaan JPA telah dibuka.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 15 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022. Pelawaan penajaan dalam bentuk pinjaman boleh ubah (PBU). Program ini merupakan kesinambungan bagi pelajar cemerlang tajaan JPA yang telah habis dalam program diploma dan ingin meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama

Apa itu Program Diploma To Bachelor D2B 2022

program diploma to bachelor 2022 jpa

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan JPA di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (termasuk Government Linked Universities (GLU)) yang telah dikenal pasti oleh Jabatan ini.

Objektif pelaksanaan program D2B ini adalah sebagai usaha Jabatan dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Diploma dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada.

Selain itu, program penajaan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga B40 mengenai peluang-peluang pengajian tinggi dengan berfokuskan kesinambungan bidang pengajian pelajar di peringkat Diploma

Syarat Permohonan

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut ;

Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenaraihitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Pertama;
  • Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peringkat Diploma minimum 3.50;
  • Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma;
  • Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.

Syarat Khusus

  • Pelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja.
  • Tempoh penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun.
  • Keutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama.

Peringkat Pengajian, Bidang Dan Institusi Tajaan

  • Peringkat pengajian yang ditaja di bawah program ini ialah Ijazah Pertama secara sepenuh masa.
  • Bidang pengajian adalah meliputi bidang Kejuruteraan dan Teknikal, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Ikhtisas (seperti Kewangan, Sains Aktuari, Ekonomi) selaras dengan pengajian yang diikuti pelajar di peringkat Diploma, dengan syarat bidang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tersebut mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan / atau diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan). Senarai Badan Profesional yang berkaitan seperti di LAMPIRAN 1.
  • Bagi tahun 2022, penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja. Senarai IPTS adalah seperti di LAMPIRAN 2.

Mekanisma Perjanjian Pinjaman Program Diploma To Bachelor

Pelajar-pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Mohon

  • Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my
  • Permohnan hanya dibuka selama sepuluh (10) hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.
  • Calon juga boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Diploma To Bachelor Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Student Assessment Centre(SAC)

Calon-calon yang memohon program penajaan ini DAN melepasi syarat- syarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada pertengahan Ogos 2022.

Calon boleh menyemak Portal eSILA dari semasa ke semasa untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SAC.

Semakan Status Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022.

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya

Maklumat Lanjut Program Diploma To Bachelor

Pertanyaan mengenai Program JPA Diploma To Bachelor 2022 dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!