Biodata Abang Tesla – Influencer TikTok,Instagram & Usahawan

Biodata Abang Tesla Malaysia atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry. Merupakan influencer dan usahawan yang aktif di TikTok & Instagram.

Beliau banyak berkongsi mengenai mengenai kereta-kereta super car, motivasi dan juga perniagaan di sosial media beliau.

Cerita mengenai individu ini membuatkan satu Malaysia sekali lagi tak boleh fokus selagi tak tahu siapa gerangan Abang Tesla ni. Siapakah beliau, dan ada kaitan kah dengan kemasukan kereta Tesla ke Malaysia ?

Biodata Abang Tesla

biodata abang tesla

Kerjaya

Abang Tesla merupakan seorang influencer dan juga usahawan. Beliau mempunyai perniagaan membaiki dan menjual telephone serta aksesori yang beralamat di No.2 Susur Jalan Kluang, Pusat Perniagaan Parit Raja, Batu Pahat Johor,Malaysia.

Beliau juga dilihat sebagai seorang yang berjaya dan seronok dalam bidang yang diceburinya sekarang.

Mahal sangat ke kereta Tesla tu agaknya? Kalau tengok senarai harga kat sini, sekarang pun boleh beli!

Isteri Abang Tesla

abang tesla isteri

Nama beliau menjadi sebutan disebabkan perkhawinan beliau baru-baru ini yang menjadikan nama Abang Tesla viral dan terus menjadi sebutan.

Isteri pertama Abang Tesla bernama Nurmajdina Jamari. Hubungan perkhawinan mereka telah berusia 5 tahun. Perkhawinan mereka merupakan hasil cinta pertama semenjak berada di sekolah menengah lagi.

Manakala isteri kedua beliau bernama Nursyafiqa Mohd Hanafi. Khal baru sahaja bernikah dengan isteri keduanya itu pada bulan Ogos 2023 yang lalu. Perkenalan beliau dengan isteri kedua bermula melalui perkongsian lagu di insta story mereka.

Sebenarnya tiada konflik dan salah mengenai Abang Tesla khawin dua atau berpoligami. Ini kerana, menurut beliau, perkhawinan beliau mendapat restu daripada isteri pertama dan persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah beliau seorang yang gentlemen tidak khawin secara sembunyi-sembunyi. Cumanaya mungkin disebabkan konten beliau upload video 3 jam sebelum akad nikah dengan isteri kedua beliau, yang membuatkan netizen berasa tidak berpuas hati.

Influencer yang senang dikenali dengan panggilan Khal itu juga, menyatakan telah menyediakan sebuah rumah yang terletak di Johor untuk isteri keduanya.

abang tesla

Baru-baru ini juga beliau ada memuat naik video beliau membawa kedua-dua isterinya untuk melancong ke Turkiye dan menunaikan umrah.

Begitulah sedikit sebanyak yang kami dapat kongsikan mengenai biodata Abang Tesla.

Kami doakan semoga pasangan poligami ini hidup harmoni dan berbahagia sebagai sebuah keluarga.

Berikut pula antara selebiriti yang juga baru selesai dengan majlis perkhawinan dan resepsi mereka baru-baru ini ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!