Khairul Aming – Biodata Influencer & Sambal Nyet

Profile biodata Khairul Aming tokey resepi sambal nyet atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sangat terkenal dengan taglinenya “Hello What’s up guys“.

Siapa sangka beliau yang bermula sebagai mengisi lapangnya berkongsi resepi di instagram yang bermula dengan hanya 800 follower terus melonjak sehingga kini mencecah jumlah pengikut sebanyak 2 juta lebih apabila beliau telah membuat konten video “30 Hari 30 Resepi” (30 Hari, 30 Resepi)setiap hari sepanjang bulan puasa.

Khairul Aming terkenal dengan resipi masakan yang mudah untuk disediakan. Walaupun bukan seorang chef dan tidak pernah belajar tentang kulinari, Khairul Aming konsisten menghasilkan konten-konten video masakan.

Sehinggakan beliau berjaya mencipta resepinya sendiri yang terkenal iaiatu Sambal Nyet.

Biodata Khairul Aming

biodata khairul aming
  • Nama : Khairul Amin Kamarulzaman
  • Panggilan : Aming, KA
  • Tarikh lahir : 25 September 1992
  • Asal : Kota Bharu, Kelantan
  • Umur : 31 tahun ( 2023)
  • Bangsa : Melayu
  • Agama : Islam
  • Status : Bujang belum berkhawin
  • Kerjaya : Usahawan, Influencer, pencipta kandungan digital
  • Pendidikan :
    • SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal) Universiti Vanderbilt , Amerika Syarikat

Kerjaya

Beliau mula mengusahakan penjualan sambal di bawah jenama “Sambal Nyet” sejak 2021

Jumlah jualan sambalnya pada 2021 adalah mencecah 540,000 botol, atau sebanyak RM7.5 juta. manakala pada 2022, jualan diperolehi meningkat sebanyak RM14 juta

khairul aming sambal nyet
Resepi Sambal Nyet Khairul Aming Yang Sentiasa Sold Out

Untuk mendapatkan sambal nyet, boleh dapatkan di official shopee Khairul Aming

Pada awal penjualan resepi Sambal Nyet, selepas tiga bulan, sambal nyet berjaya mendapat jualan RM1 juta yang pertama.

Daripada hasil jualan tersebut, Khairul Aming tidak gopoh untuk bermewah dan berbelanja.

Dalam satu temu bual beliau pernah ditanya satu-satunya hutang yang beliau tanggung sekarang ini adalah hutang loan kereta bezza milik beliau.

Beliau menggunakan keuntungan daripada jualannya itu sebagai modal pusingan bagi membuka kilang pertama seluas 14,000 kaki persegi dan mesin-mesin untuk membolehkan pengeluaran sambal nyet dalam kuantiti yang lebih banyak dalam sehari. 

Terdapat banyak resepi yang telah dihasilkan oleh Khairul Aming, seperti ;

  • Breakfast Egg Mufin
  • Ayam ala Kenny rogers
  • Kek Pisang Coklat
  • Roti Sangkaya
  • Kek Batik
  • Ayam Sihat (Dapur Lonely)
  • Jus Limau Kasturi Asam Boi

Selain itu juga, anda juga boleh lihat kesemua resepi-resepi beliau menerusi https://resepi-khairulaming.vercel.app/

Pencapaian

Pada 2022, beliau telah memenangi anugerah Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik dari syarikat e-perdagangan, Shopee.

Pada 27 Ogos 2023, beliau telah dinobatkan sebagai Pencipta Kandungan Tahun Ini dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.

Selain itu juga, Khairul Aming telah berjaya membuka kilang keduanya yang terletak di Kelantan.

Beliau juga bakal mengeluarkan produk kedua menerusi jenama miliknya.

Khairul Aming adalah kini menjadi contoh teladan kepada ramai anak muda di Malaysia. Beliau berjaya menunjukkan bahawa untuk mencapai sesautu kejayaan, tiada jalan singkat ianya perlu melalui kerja keras dan dedikasi.

Selain berkongsi resepi, Khairul Aming juga bijak dalam menggunakan platform media sosial bagi berkongsi tips-tips keusahawan dan motivasi kepada orang lain untuk berjaya

Kini Khairul Aming bukan sahaja dikenali seorang pemberi pengaruh makanan, malah sebagai usahawan, dan juga influencer yang berbakat dan berjaya. Dia adalah inspirasi kepada ramai orang, dan dia terus memberi impak positif kepada dunia disebabkan konten-konten yang beliau hasilkan dan juga sikap beliau yang humble, profesional dan tidak tersabit dengan sebarang isu-isu kontroversi

Bagi mengikuti perkembangan terkini Khairul Aming, anda juga boleh follow beliau di sosial media ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!