Biodata Imran Aqil, Personaliti TV & Suami Dahlia Rizal

Baru-baru ini, seorang pelakon, model dan penyampai radio iaitu Imran Aqil telah selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial jelita iaitu Dahlia Rizal setelah setahun mengikat pertunangan.

Setelah mengumumkan status sebagai pasangan, dua sejoli ini sering berkongsikan perkembangan serta aktiviti santai yang dilakukan bersama buat para peminat mereka di media sosial.

Mungkin ada yang belum kenali siapakah jejaka yang berjaya menambat hati influencer cantik manis itu? Kalau ingin tahu dengan lebih lanjut, jom kita ikuti biodata Imran Aqil.

Biodata Imran Aqil

Nama Penuh : Mohammad Imran Aqil bin Mohd Salehuddin

Nama Komersial : Imran Aqil

Tarikh Lahir : 26 November 1999

Umur : 24 tahun (2023)

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Asal : Perak

Keluarga : Nabil Aqil (abang), Syafiq Kyle (bapa saudara)

Isteri : Nur Dahlia Ahmad Rizal (Dahlia Rizal)

Kelulusan : Politeknik Sultan Idris Shah (Jurusan Kejuruteraan Komputer Elektronik)

Pekerjaan : DJ Radio, Pelakon, Influencer, Model

Instagram : @ijeebster

 Imran Aqil

Lakonan

Filem / Telefilem

  • Dendam Penunggu

Drama

  • Budak Tebing 2
  • Adnan Runner
  • Kau Vs Aku
  • Bisikan Kerajaan Langit (Drama Podcast)
  • Lelaki Lingkungan Cinta
  • Republik Gombak

Latar Belakang & Perjalanan Karier

Bakat Imran Aqil mula menyerlah apabila beliau dipilih untuk menyertai Pencarian Hero Remaja. Acara Hero Remaja Edisi Kesepuluh unu turut menampilkan 11 lagi finalis lain iaitu Aniq Suhair, Nadhir Nasar, Azim Yusof, Haziq Nazimuddin, Syameer Shauqeen, Jazmy Khan, Umar Badrol Hisham, Azri Khair, Hariz Hamdan, Tom dan Jabir Meftah.

 Imran Aqil

Ketika diumumkan sebagai finalis, tumpuan terarah kepada Imran kerana beliau merupakan adik kepada peserta Hero Remaja 2017 iaitu Nabil Aqil.

 Imran Aqil

Meskipun bertanding dalam program realiti yang sama, namun Imran yang menyandang kategori Hero Inspirasi itu percaya bahawa beliau tidak akan berada dalam bayangan abangnya. Malah, Imran yakin yang beliau mampu menyerlah dengan bakat tersendiri.

Setelah tamat program Hero Remaja 2020, Imran mendapat banyak tawaran lakonan. Antara drama yang dibintangi suami Dahlia Rizal ini adalah Budak Tebing 2, Adnan Runner dan Lelaki Lingkungan Cinta.

Selain itu, beliau juga diberi kepercayaan untuk memegang watak dalam filem Dendam Penunggu dan drama podcast bersiri iaitu Bisikan Kerajaan Langit.

Pada Ogos 2021, Imran Aqil mengejutkan ramai peminat apabila beliau diumumkan sebagai wajah baru penyampai Hot FM. Beliau diberi kepercayaan untuk mengisi slot Hot Flix pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam.

Segmen tersebut memfokuskan pendengar generasi muda dan padat dengan kandungan yang tepat dengan minat mereka seperti perkongsian mengenai selebriti, pemain video dan personaliti media sosial.

Dalam satu temubual bersama Remaja, Imran akui terbuka untuk belajar dan mencuba perkara-perkara baru. Oleh itu, apabila pihak Media Prima menawarkan peluang ini, beliau tidak berfikir panjang dan terus bersetuju untuk hadiri uji bakat dan akhirnya terpilih untuk mengendalikan konti radio Hot FM.

Pada 9 September 2023, Imran Aqil selamat bergelar suami kepada Dahlia Rizal. Sebelum ini, Imran dan Dahlia telah mengikat tali pertunangan selama setahun.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Imran Aqil, sila ikuti laman Instagram beliau iaitu @ijeebster.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!