Biodata Watie Hanifiah, Isteri Shuib Sepahtu

Sejak mendirikan rumah tangga, Shuib nampaknya makin bersemangat dan gembira bersama isterinya, Watie Hanifiah.

Pasangan ini juga rajin berkongsikan perkembangan serta aktiviti mereka bersama anak-anak di laman media sosial masing-masing.

Meskipun kini ramai yang mengenalinya sebagai isteri Shuib, sebenarnya masih ramai yang belum kenal siapa sebenarnya wanita yang berjaya menambat hati pengasas Bubblebee itu. Tanpa melengahkan masa, jom kita semak biodata dan latar belakang Watie.  

watie hanifiah

Biodata Watie Hanifiah (Watie Shuib)

Nama Penuh : Fati Nikmatul Adawiyah binti Hanifiah

Nama Komersial : Watie Hanifiah

Umur : 35 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 8 Februari 1988

Asal : Perak

Kerjaya : Usahawan, Influencer

Instagram : @iamwatie

watie hanifiah

Latar Belakang Watie Hanifiah

Meskipun ada yang sebelum ini menganggap Watie adalah seorang janda, namun hakikatnya beliau adalah seorang anak dara yang belum berkahwin. Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada tahun lalu, Watie telah memulakan perjalanan hijrah serta mula mengenakan tudung dalam penampilan hariannya.

Watie merupakan salah satu daripada adik beradik Instafamous yang sering menggelar keluarga mereka sebagai The Hanifiahs iaitu Intan Hanifiah.

Watie juga dikatakan mempunyai sebuah perniagaan kafe makanan di Shah Alam dan Ukay Bestari. Menerusi kedai yang dikenali sebagai ‘Krupp Krupp by The Hanifiahs’.

Antara menu popular yang ditawarkan di kafe tersebut adalah pisang goreng cheese, Nasi Ayam Gepuknyet, laksa, tauhu begedil dan macam-macam lagi.

Hubungan Watie & Shuib

Khabar tentang hubungan cinta antara Watie dan pelawak yang kini lebih dikenali sebagai pengasas Bubblebee, Shuib mula menjadi bualan netizen apabila mereka sering tampil bersama sambil mengenakan pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa konsert.

Pada masa yang sama, hubungan mereka berdua juga mula dihidu netizen apabila Shuib memuatnaik sebuah gambar di Instagram yang menunjukkan beliau sedang meluangkan masa bersama anak-anaknya dan terdapat pantulan imej seorang wanita yang dipercayai Watie pada cermin di latar belakang.

Keakraban mereka juga semakin nyata apabila mereka didapati hadir bersama-sama untuk menyaksikan konsert penyanyi Lah Ahmad pada Januari 2023 lalu.

watie hanifiah

Sesetengah netizen berpendapat bahawa usahawan jelita ini mempunyai beberapa persamaan dengan arwah Siti Sarah Raisuddin dalam beberapa sudut seperti cara menyanyi, gaya ketawa dan sifat manjanya.

Dalam satu temubual, Shuib mendedahkan bahawa beliau meminati personaliti Watie kerana sikapnya yang sangat penyayang dan penyabar terutama ketika melayan anak-anak. Sikap tersebut mirip dengan ciri-ciri arwah isterinya, Siti Sarah.

Pasangan dua sejoli ini mengikat tali pernikahan pada 23 Jun 2023. Sebelum itu, mereka telah bertunang pada 6 Mei 2023 di kediaman keluarga Watie di Shah Alam.

Jangan ketinggalan untuk ketahui perkembangan Watie dan Shuib di laman Instagram mereka iaitu @iamwatie dan @shuibsepahtu

Baca Juga : Biodata Abang Tesla Influencer TikTok,Instagram & Usahawan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!