Biodata Aisar Khaled, Pelakon dan Influencer Terkenal

Aisar Khaled sering mendapat perhatian warganet atas kandungan kontennya yang sensasi sehingga menjadi topik perbualan ramai. Meskipun begitu, namun kita tidak boleh menidakkan rezekinya yang luas dalam bidang saham dan dunia lakonan.

Selain berkongsikan perkembangan terkini di media sosial, pelakon kacak ini juga sering menyerlahkan sisi pemurahnya dengan berkongsikan rezeki kepada orang ramai.

Di sebalik populariti Aisar, namun masih ramai yang belum mengenali pemuda berdarah kacukan Melayu-Jordan ini. Oleh itu, jom sama-sama kita semak serba sedikit latar belakang dan biodata Aisar Khaled.

aisar khaled

Biodata Aisar Khaled

Nama Penuh : Aisar bin Khaled Kamel

Nama Komersial : Aisar Khaled

Tarikh Lahir : 6 Ogos 2000

Umur : 23 tahun (2023)

Asal : Kuala Lumpur

Adik-beradik : Aus Khaled, Anas Khaled

Ketinggian : 190 cm

Pekerjaan : Influencer, Pelakon, Model, Usahawan Saham (Trader)

Instagram : @aisar_khaledd

aisar khaled

Perjalanan Karier

Antara cubaan terawal Aisar untuk memasuki dunia hiburan adalah dengan mengikuti ujibakat bagi Pencarian Hero Remaja 2020 namun tidak berpeluang untuk menjadi peserta bagi program realiti tersebut.

Namun, ia bukanlah penghalang untuk Aisar menceburi bidang lakonan yang diminatinya. Michael Ang merupakan pengarah pertama yang menyuntingnya sebagai pelakon menerusi drama pertamanya iaitu Chandelier. Dalam drama tersebut, Aisar digandingkan bersama beberapa pelakon popular antaranya Ben Amir dan Mimi Lana.

Seterusnya, Aisar juga diberi peluang untuk mengetengahkan bakatnya dalam beberapa drama Lelaki Lingkungan Cinta, Misteri Wak Leman dan Ijam serta filem Gila Gusti dan Hantu Kelima.

Selain aktif dalam bidang hiburan, Aisar juga dikenali sebagai usahawan trading atau saham serta telah melatih ramai orang untuk menjana pendapatan di bawah bimbingan AK Legacy Team. Ada kalanya, beliau juga rajin berkongsikan tips serta pengalaman dalam bidang trading kepada para pengikutnya.

Aktif di media sosial, Aisar Khaled mempunyai lebih 5 juta pengikut terkumpul di TikTok dan lebih 700,000 pengikut di Instagram.

aisar khaled
Aisar bersama bapanya

Memang luar biasa kandungan yang dikongsikan Aisar. Baru-baru ini, beliau telah mendapat perhatian netizen atas sifat murah hatinya untuk membantu pembantu rider Foodpanda dengan menghadiahkannya sebuah motorsikal baru.

Kisah rider tersebut tular di media sosial kerana dikatakan telah berjalan kaki setelah motorsikalnya disita.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Aisar Khaled, anda boleh ikuti laman media sosialnya di saluran berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!