Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)

Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, anda boleh membuat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN selama 3 bulan.

Untuk makluman, pihak PTPTN memaklumkan inisiatif yang disediakan kepada peminjam ini adalah untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman dalam tempoh PKP 3.0.

Penangguhan ini tidak bersifat automatik dan peminjam yang memerlukan penangguhan perlu membuat permohonan kepada pihak PTPTN.

Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0) telah dibuka mulai 10 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021 secara atas talian.

Syarat Permohonan

Pemohon yang memenuhi syarat permohonan berikut layak memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN iaitu:

  1. Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19; dan
  2. Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.

Tempoh Penangguhan

Tempoh penangguhan yang ditetapkan adalah selama 3 bulan iaitu iaitu bulan yang sama dengan bulan permohonan dibuat.

Walau bagaimanapun, bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji, bulan penangguhan akan bermula pada bulan berikutnya selepas permohonan dikemukakan kerana arahan potongan gaji telah dihantar kepada majikan lebih awal.

Ringkasan penangguhan adalah seperti berikut:

Bulan
Kelulusan
Tempoh kelulusan penangguhan
bagi peminjam yang tidak terlibat potongan gaji
Tempoh kelulusan penangguhan
bagi peminjam yang terlibat potongan gaji
JunJun hingga OgosJulai hingga September
JulaiJulai hingga SeptemberOgos hingga Oktober
OgosOgos hingga OktoberSeptember hingga November

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan penangguhan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/.
  2. Masukkan no kad pengenalan serta no pinjaman dan klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Hantar permohonan.

Makluman Kelulusan

PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui email yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

Soalan Lazim

Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon penangguhan?

Tidak. Tiada sebarang dokumen diperlukan.

Bagaimanakah rekod CCRIS peminjam sepanjang penangguhan?

Rekod CCRIS peminjam adalah kekal seperti sebelum penangguhan dilaksanakan. Namun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Adakah permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan?

Boleh. Permohonan pertukaran Ujrah boleh dilakukan dalam tempoh penangguhan

Adakah peminjam boleh membuat bayaran balik dalam tempoh penangguhan?

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan.

Sekiranya peminjam tidak terkesan dengan pandemik COVID-19 tetapi pasangan peminjam yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dalam tempoh (PKP 3.0), adakah peminjam layak memohon penangguhan bayaran
balik?

Tidak layak. Penangguhan hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Untuk situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lajut, sila hubungi Pusat Panggilan (Careline) PTPTN di talian 03 2193 3000 atau Mengemukakan pertanyaan di pautan https://eaduan.ptptn.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!