MAIWP : Kasih Asnaf Zero Hunger –Bantuan RM150 Sebulan
MAIWP melancarkan Kasih Asnaf Zero Hunger iaitu bantuan RM150 sebulan untuk golongan asnaf membeli barangan keperluan asasi melalui aplikasi e-wallet Boost. Cara permohonan, semakan status, cara tebus bantuan Kasih Asnaf Zero Hunger adalah seperti dibawah. Program ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 30,000 penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP.
RM150 sebulan melalui e-wallet boost bagi memudahkan asnaf membeli barangan keperluan asasi
Pendaftaran bermula pada 11 April 2022 dan program akan di laksanakan bermula 1 jun 2022 melalui e-wllet boost
Apa itu Kasih Asnaf Zero Hunger
Program ini adalah bantuan yang diwujudkan untuk membolehkan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP membeli barangan asasi mereka menersui aplikasi Boost.
Cara Tebus Bantuan e-Wallet Boost RM150
Bermula 11 April 2022, semua penerima bantuan kewangan bulanan maiwp perlu hadir ke pusat zakat maiwp (paza berdekatan anda untuk membuat pengesahan identiti penerima di lokasi-lokasi berikut ;
Paza Wilayah Persekutuan Putrajaya
- PAZA Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 Putrajaya.
Paza Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1. PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
2. PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
3. PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR
4. PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
5. PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
6. PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur
7. PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
8. PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur
9. PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur
Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan
- Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 Labuan.
Kaunter MAIWP akan membantu anda untuk buat semakan dan kemaskini nombor telefon pemilik akaun boost. Pemilik nombor telefon akaun boost juga perlu hadir bagi pengesahan identiti. Bagi penerima bantuan MAIWP yang telah mempunyai akaun Boost, walaupun anda sebelum ini pernah menerima Kasih Asnaf Back To School, anda juga peru hadir ke kaunter MAIWP untuk semakan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Kasih Asnaf Zero Hunger, sila layari laman web MAIWP di pautan https://www.maiwp.gov.my/.