BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 (Sarawak Pay)

BKSS Penjaja 8.0 | Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil RM1000 ~ Tahukah anda,  Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan “Pemulihan Sosio Ekonomi Rakyat”. 

Bantuan Geran One-off Peniaga Kecil

Geran Bantuan One-off Peniaga Kecil adalah merupakan salah satu inisiatif yang terdapat dalam BKSS Penjaja 8.0. Bantuan ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.

Penerima akan dibayar sejumlah RM 1,000 secara one-off melalui SarawakPay.

Anda boleh rujuk 7 inisiatif lain yang terdapat dalam BKSS Penjaja 8.0 seperti maklumat dibawah: 

  • Diskaun bil elektrik
  • Diskaun bil air
  • Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)
  • Pengecualian Bayaran Sewa Kepada Pengusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Badan Berkanun & GLC Negeri
  • Diskaun 50% Sewa Pasar & Kedai
  • Insentif one-off kepada; Pengusaha, penambang, pemandu teksi, pengendali van dan bas sekolah di Sarawak
  • Bantuan Geran One-Off Kepada Penjaja Dan Peniaga Kecil Yang Berdaftar Dengan Pihak Berkuasa Tempatan Melalui Sarawak Pay

Syarat Kelayakan

  • Penjaja dan peniaga kecil tidak berlesen.
  • Mestilah merupakan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri Sarawak
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengekstrak maklumat mereka terus dari sistem perlesenan yang ada.

Pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Gerai makanan;
  • Pasar;
  • Kedai kampung / kedai terpencil;
  • Barber / salun rambut;
  • Kantin (pemilik individu)

NOTA: Orang ramai diseru untuk memastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat untuk memudahkan proses saluran bantuan.

Tarikh Bayaran

Menurut beberapa sumber, terdapat beberapa orang penjaja dan peniaga kecil telah menerima bantuan ini pada 7 Februari 2022 yang lalu. Terkini, difahamkan sudah ada pengguna media sosial menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui Sarawak Pay pada 3 Mac 2022.

Anda boleh rujuk langkah-langkah untuk memindahkan wang dari akaun SarawakPay ke akaun bank anda seperti gambar di bawah sekiranya anda lulus bantuan ini:

BKSS Penjaja 8.0
BKSS Penjaja 8.0
BKSS Penjaja 8.0
BKSS Penjaja 8.0
BKSS Penjaja 8.0
BKSS Penjaja 8.0
BKSS Penjaja 8.0

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web rasmi Kerajaan Sarawak di pautan berikut: http//talikhidmat.sarawak.gov.my atau https://sarawak.gov.my/

  • Talian Telefon: 555999 (talian tetap seluruh Sarawak).  Untuk pengguna telefon mudah alih, sila dial: 082-555999
  • Pesanan Ringkas (SMS) :  Taip 555999 hantar dan hantar ke 62999
  • Laman Mobile : https://w555999.sarawak.gov.my
  • Faksimili : 082-555888
  • Emel : [email protected]
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!