KWSP |  Skim i-Sayang Bakal Dilancarkan Awal Tahun 2022

KWSP |  Skim i-Sayang Bakal Dilancarkan Awal Tahun 2022 ~ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sentiasa berusaha meningkatkan simpanan persaraan ahlinya, di samping pelaksanaan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan ke arah persaraan yang selesa.

Baru-baru ini, YBHG TAN SRI AHMAD BADRI MOHD ZAHIR selaku Pengerusi KWSP, mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan satu skim terbaru yang dikenali sebagai  i-Sayang. 

Menurut beliau, Skim i-Sayang ini bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan (2022). Antara objektif utama skim ini ialah untuk membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan pencarum khususnya.

Skim i-Sayang KWSP

Skim i-Sayang KWSP ialah inisiatif yang diwujudkan sebagai kemudahan untuk pemindahan wang caruman secara sukarela sebanyak 2% daripada akaun suami ke akaun isteri.

Sebelum ini, KWSP juga telah melancarkan beberapa inisiatif lain untuk memberi kemudahan kepada rakyat khususnya pencarum seperti, i-Sinar, i-Citra dll. 

Selain Skim i-Sayang, KWSP juga akan melancarkan satu lagi inisiatif yang terbaru khusus buat golongan pesara. Inisiatif tersebut akan dikenali sebagai, i-Lindung. 

Melalui skin i-Lindung ini, ia membolehkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP. 

Pihak KWSP juga berusaha untuk melindungi pekerja sektor informal. Inisiatif lain yang masih dipertimbangkan termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.

Skim i-Sayang

TAN SRI AHMAD BADRI MOHD ZAHIR  juga menyatakan dalam  dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 hari ini bahawa; 

“Kami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh meminta majikan mereka untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.”

Cara Membuat Permohonan dan lain-lain maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Inisiatif Terbaru KWSP 2022

Skim i-Sayang

Berikut ialah kesimpulan penting mengenai Inisiatif Terbaru KWSP 2022:

  1. Skim i-Sayang yang bakal dilancarkan ini membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.
  1. Skim i-Lindung, khusus buat golongan pesara. Skim ini akan memberi kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
  1. Perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat; masih dalam pertimbangan. 
  1. Menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh meminta majikan meningkatkan caruman KWSP lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!