5 Persediaan E-Filing LHDN

Persediaan E-Filing

Bagi mengelakkan anda daripada terlupa atau tersilap memasukkan maklumat pengecuaian cukai, adalah sebaiknya jika anda lakukan persediaan e-filing lebih awal.

Bagi membantu anda membuat persediaan, di sini kami ingin kongsikan 5 perkara penting yang anda perlu persiapkan untuk membuat e-Filing bagi tahun 2023.

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Senarai Pelepasan Cukai Taksiran 2022 Untuk e-Filing 2023

5 Persediaan E-Filing 2023 Yang Anda Perlu Tahu

1. Borang EA/EC

Borang EA/EC adalah borang penyata jumlah gaji beserta elaun, bonus dan bayaran-bayaran lain yang dikenakan cukai.

Borang EA : Borang Cukai Pekerja Swasta Untuk Penyata Gaji selama setahun

Borang EC : Borang Cukai Pekerja Kerajaan Untuk Penyata Gaji selama setahun

Pastikan nilai yang anda masukkan ketika e-filing adalah sama dengan nilai yang terpapar dalam Borang EA/EC ini.

Nota : Majikan biasanya akan memberikan borang ini dalam bulan Mac untuk pekerja lakukan proses e-Filing.

Anda boleh bertanyakan kepada majikan sekiranya mereka terlewat untuk serahkan dokumen ini pada anda.

Persediaan E-Filing
Contoh Borang EA
Contoh Borang EC

Borang EA (format terbaru PDF) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
https://www.hasil.gov.my/…/borang_c.p.8a__ea___format…

Borang EA (format terbaru Excel) boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
https://www.hasil.gov.my/…/borang_c.p.8a__ea___format…

Nota Panduan EA 2022 boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
https://www.hasil.gov.my/…/nota_panduan_borang_ea___ec.pdf

2. Penyata Komisen

Bagi individu yang menerima komisen (Takaful, Unit Trust, MLM, Remisier, ejen penapis air), sila dapatkan borang CP58 (penyata bayaran insentif) daripada syarikat masing-masing

Borang CP58 perlu diserahkan kepada ejen, pengedar atau wakil berkenaan sebelum 31 Mac 2023.

Persediaan E-Filing

Muat turun Borang CP58 (Format PDF) :
https://phl.hasil.gov.my/…/Borang_CP58_Pin_012022_1.pdf

Muat turun Borang CP58 (Format Excel) :
https://phl.hasil.gov.my/…/Borang_CP58_Pin_012022_1.xlsx

Muat turun Nota Panduan Pengisian Borang CP58 :
https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Nota_Panduan_CP58_1.pdf

3. Penyata Untung Rugi

Penyata seterusnya ini adalah untuk pemilik bisnes. Setiap pemilik bisnes tidak kiralah untung atau rugi, mereka perlu isytiharkan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Terdapat 3 kategori dalam laporan ini iaitu :

Sales / Jualan

Nilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar.

Contoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.

Cost of Goods Sold / Kos Jualan

Nilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan.

Sebagai contoh, hasil jualan restoran adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan tersebut.

Expenses / Belanja

Kos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut.

Walaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.

Daripada situ, kita dapat lihat DUA angka iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH.

Nilai untung bersih inilah yang akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.

Persediaan E-Filing

Penyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.

4. Penyata / Resit Yang Berkaitan

Anda juga perlu menyimpan segala resit bayaran yang boleh mendapat pengecualian cukai kerana pihak LHDN boleh memintanya pada bila-bila masa.

Pastikan anda menyimpan semua resit-resit ini untuk persediaan e-Filing seperti zakat, takaful/insurans, resit alatan sukan, resit gaya hidup, resit alatan penyusuan dan sebagainya.

Walaupun pihak LHDN tidak meminta anda menghantar resit-resit ini setiap kali melakukan e-filing, anda mungkin diminta untuk menghantarnya pada masa akan datang.

Setiap tahun, pihak LHDN akan memilih segelintir individu untuk menghantar resit dan semua dokumen berkaitan bagi tujuan semakan.

Sekiranya tiada, jangan terkejut sekiranya anda dikenakan denda atau penalti kerana dianggap melakukan tuntutan palsu bagi pengecualian cukai.

5. Jelaskan Tunggakan Cukai

Jangan lupa untuk membuat semakan dan menjelaskan tunggakan cukai terdahulu sekiranya ada.

Sekiranya anda tidak mampu untuk bayar sekaligus, anda juga boleh meminta ansuran dari pihak LHDN.

Bagi tujuan ini, pihak syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan.

Namun, anda juga perlu ingat meskipun rayuan anda diterima, namun penalti akibat pembayaran lewat tetap akan dikenakan.

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai e-Filing LHDN, sila layari laman web hasil.gov.my dan ikuti laman Facebook rasmi LHDN di pautan facebook.com/LHDNM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!