IHR,Isi Kandungan Perjanjian WHO & Bantahan Raykat Malaysia

IHR atau International Health Regulation, WHO yang ingin digubal sejak kali terakhir iaitu pada 2005 (IHR 2005) telah menjadi isu besar kerisauan bagi sebahagian rakyat Malaysia.

Antara kandungan perjanjian pindahan IHR, ianya dikatakan bakal menganggugugat keselamatan negara malah melangkaui kuasa Yang Di-Pertuan Agong atas dasar kesihatan.

Ianya telah mendesak gabungan NGO-NGO seperti PPIM,Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM),Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) untuk tampil kehadapan mewakili sebahagian rakyat Malaysia menghantar memorandum bantahan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Memorandum bantahan tersebut bertujuan bagi mendesak pihak kerajaan untuk tidak akur dan tidak menyokong pindaan tersebut yang dilihat bakal menganggu gugat keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

IHR, International Health Regulation, WHO Kenapa Malaysia Perlu Bantah

surat bantahan ihr ppim

Menurut Datuk Nadzim Johan, selaku ketua aktivis bantahan terhadap WHO CA+ serta pindaan IHR 2005, antara sebab mengapa Malaysia perlu bantah perjanjian tersebut adalah ;

  • Perjanjian itu akan menambah skop kuasa WHO dalam situasi yang bukan hanya membabitkan risiko kesihatan awam, malah menggugat kebebasan serta hak asasi rakyat malah kedaulatan negara, Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong boleh terancam
  • Sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat
  • Jika berlaku (pindaaan IHR 2005) dan tidak dibantah Perdana Menteri, kita akan terikat dengan terma serta syarat IHR 2005

Isi kandungan mengenai surat bantahan PPIM terhadap IHR juga anda boleh muat turun dan baca pada dokumen di bawah.

6 Perkara Dalam Petisyen Bantahan IHR

bantahan ihr

Dalam satu borang petisyen online yang dilancarkan oleh admin Belerang Batu Pahat, antara 6 perkara yang ditekankan sebagai akibat pelaksanaan IHR adalah seperti berikut ;

  • WHO (World Health Organisation) FULL CONTROL untuk arahkan LOCKDOWN/DARURAT tanpa perlu kebenaran/review Raja-Raja Melayu & kerajaan harus patuh?
  • Mewajibkan vaksin yang mungkin merbahaya serta belum tamat kajian?
  • Penafian hak asasi individu untuk memilih apa yang baik & sesuai untuk diri?
  • Penindasan & paksaan untuk cucuk vaksin yang mungkin memudaratkan kesihatan serta mengancam nyawa?
  • Rakyat diancam & digunakan sebagai bahan ujikaji untuk tujuan perubatan seperti tikus makmal?
  • Dehumanization/Depopulation etc?

Apa Itu International Health Requlation (IHR)

apa itu ihr

IHR, merupakan satu perjanjian sah antarabangsa yang dimeterai oleh 196 negara. 194 daripada negara tersebut merupakan negara ahli WHO.

Perjanjian IHR tersebut, merupakan perjanjian kesihatan antrabangsa. Dibawah perjanjian ini, kesemua negara yang bersetuju akan terikat serta perlu mematuhi segala apa keputusan yang telah dikeluarkan oleh WHO.

Melalui perjanjian ini,WHO mempunyai kuasa mengarahkan termasuk mentadbir aktitiviti negara pihak tertentu dengan alasan melindungi komuniti global daripada risiko kesihatan awam & kecemasan yang merentasi sempadan antarabangsa

tujuan ihr

Penjelasan KKM Mengenai IHR Pindaan 2005

Pertubuhan kesihatan sedunia who bersama semua negara anggota telah bersepakat untuk menubuhkan dua platform rundingan antarabangsa iaitu intergovernmental negotiating body (INB) untuk menghasilkan instrumen antarabangsa yang dikenali sebagaiINB WHO Ca+ (pandemic traty) dan Working Group on Amendments to the International Health Regulations (WGHIR) bagi memperkukuhkan aspek kesiapsiagaan, pencegahan,pengesanan serta respon terhadap pandemik di peringkat antarabangsa.

Susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2019 yang meragut kira-kira 6.6 juta nyawa secara global, semua negara berpandangan adalah amat penting untuk mengambil iktibar daripada pandemik COVID-19 agar tindakan untuk mencegah, melindungi, mengawal dan menyediakan gerak balas dapat diperkukuhkan demi persediaan masa hadapan.

Pendirian Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi membuat keputusan mengenai isu pindahan IHR bersama-sama 13 lagi kementerian lain meletakkan beberapa prinsip asas sebelum mebuat apa-apa keputusan.

Pertama, kedaulatan dan autonomi negara tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak. Sebarang penggubalan pada undang-undang antarabangsa mestilah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memeliharan kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak melanggar Hak Asasi Kebebasan Rakyat.

Kedua, Malaysia mempertahankan prinsip keadilan dan solidariti dalam pentadbiran kesihatan global. Malaysia berpandangan adalah penting untuk negara-negara maju membantu negara-negara membangun dengan sumber-sumber yang mereka ada. Pengagihan sumber mestilah adil dan saksama.

Ketiga, penyertaan Malaysia dalam rundingan-rundingan ini dipacu oleh matlamat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kuat dan lestari. Malaysia mengiktiraf keperluan untuk membangunkan kapasiti, kerjasama yang kukuh dan koordinasi dalam kalangan industri untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang wabak pada masa akan datang. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan sumber-sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global, menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh.

Keempat, KKM mengutamakan ketelusan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai. Kempen kesedaran awam serta aktiviti mempromosi pemahaman yang jelas tentang proses yang berlangsung dalam INB & WHR kepada orang ramai dapat dilihat melalui keterbukaan dalam rundingan serta ketersediaan maklumat dalam laman sesawang WHO.

Kenyatan Menteri Kesihatan Malaysia

Dr Zaliha Mustafa yang juga Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan menegaskan

Saya mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ serta pindaan IHR 2005.

Malaysia merupakan negara yang terlibat dalam rundingan IHR ini. Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari serta sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita, khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.

Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini.

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Maklumat lanjut berkenaan pindahan IHR 2005 dan pandemic treaty adalah terbuka untuk diakses seperti berikut

https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/international-health-regulations-amendments

https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/pandemic-prevention–preparedness-and-response-accord

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini juga boleh diutarakan ke email WHO [email protected] atau email kkm [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!