Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Sabah LPPB

Permohonan rumah kos rendah negeri Sabah di buka sepanjangan masa. Namun penjualan dan pengagihan rumah kos rendah hanya akan dilakukan apabila pembangunan projek pembangunan perumahan telah mencapai 50% kadar penyiapan

Rumah Kos Rendah Negeri Sabah

Permohonan rumah kos rendah hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan rumah rendah yang boleh didapati di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Kota Kinabalu dan di pejabat-pejabat cawangan LPPB di Sandakan dan LPPB di Tawau. Semua borang permohonan yang diterima akan diproses menggunakan Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer yang diseragamkan di seluruh negara. Di bawah sistem ini semua permohonan akan didaftarkan dan diproses menggunakan sistem pembahagian markah. Permohonan rumah kos rendah adalah terbuka sepanjang tahun.

Syarat Permohonan

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia;
  • Keutamaan kepada penduduk asal Sabah yang menetap di kawasan projek yang dipohon;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Berstatus berkahwin, balu, janda, duda dan bujang;
  • Keutamaan bagi pemohon yang mempunyai tanggungan keluarga;
  • Jumlah pendapatan bersama suami/isteri atau bujang tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan;
  • Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan suami/isteri;
  • Projek perumahan yang dibina dalam kawasan yang diwartakan sebagai “Native Reserve” adalah hanya untuk pemohon Bumiputera Sabah sahaja.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online dan juga manual melalui pengisian borang

Permohonan Manual

Permohonan melalui pengisian borang, borang-borang permohonan boleh di dapati di premis-premis LPPB seperti berikut ;

  • Ibu Pejabat
    Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar
    Tingkat 14, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas
    88400 Kota Kinabalu.
    No. Telefon: 088-287777 (Ext: 412 – Kaunter Borang).
  • Pejabat Cawangan LPPB Sandakan
    Blok A12, Lot B09, Sri Taman,
    Batu 3 ½, Jalan Utara,
    Peti Surat 1388,
    90008 Sandakan. Sabah.
    No. Telefon: 089-218719 No. Faks: 089-218719
  • Pejabat Cawangan LPPB Tawau
    Blok 15, Lot B7,
    Flet Kondominium Taman Semarak, Tawau.
    W.D.T 62 91009 Tawau.
    No. Tel: 089-714169 No. Fax: 089-714169

Panduan Penghantaran Borang

  • Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas;
  • Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON;
  • Sertakan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar oleh jabatan yang mengeluarkannya (e.g JPN, JHEINS dsd);
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji boleh mengemukakan surat akuan bersumpah tentang sumber dan jumlah pendapatannya;
  • Maklumat yang diberikan hendaklah benar. Seandainya didapati maklumat yang diberikan adalah PALSU, permohonan akan ditolak;
  • Pastikan setiap borang permohonan yang dikemukakan telah diberikan resit penerimaan daripada LPPB;
  • Sebarang urusan pembaharuan atau perubahan maklumat adalah PERCUMA selepas pendaftaran dibuat;
  • Jika berlaku sebarang pertukaran alamat, sila maklumkan Unit Borang, Bahagian Harta, Penjualan dan Pemasaran, LPPB;
  • Segala urusan surat menyurat dan merujuk status pemohonan hendaklah menggunakan NO KAD PENGENALAN pemohon;
  • Tempoh sah setiap pemohonan rumah kos rendah tidak MELEBIHI 5 TAHUN. Selepas tamat tempoh tersebut. Pemohon dikehendaki mendaftar semula/membuat pembaharuan maklumat peribadi. Pemohon yang gagal berbuat demikian dianggap tidak berminat untuk meneruskan permohonan. Sebagai contoh, di Negeri Selangor tempoh sah pemohonan hanya 2 TAHUN SAHAJA dan di Negeri Johor tempoh sah pemohonan hanya 5 TAHUN;

Permohonan Online

Untuk permohonan online, anda boleh layari sistem pendaftaran terbuka

Sebelum Memohon

  • Sila layari Laman Sesawang Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar yang rasmi untuk mendapatkan maklumat berkaitan di alamat berikut: http://www.lppb.gov.my
  • Jika anda menggunakan Komputer, klik Sistem Pendaftaran Terbuka Maklumat Lanjut atau jika anda menggunakan telefon bimbit, imbas kod QR sahaja
  • Baca dan fahami syarat-syarat kelayakan untuk permohonan rumah sewa atau rumah dibeli berharga RM47,000 seunit dan ke atas. Jika anda merasa layak dan bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, anda boleh klik Pendaftaran Atas Talian.

Dokumen Diperlukan

  • Sila sediakan salinan digital KAD PENGENALAN dan SURAT DAFTAR LAHIR anda dengan mengimbas menggunakan Scanner atau mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Anda boleh letakkan palang seperti “KEGUNAAN LPPB SAHAJA” semasa mengimbas atau mengambil gambar Kad Pengenalan dan Surat Beranak. Pastikan resolusi imej dokumen-dokumen anda tidak melebihi 1024KB (1MB). Format imej digital yang diterima hanya .gif, .jpg, atau .png sahaja. Namakan fail digital anda mengikut nombor Kad Pengenalan dan nombor Daftar Surat Lahir anda. Contoh ic700113.jpg untuk fail digital Kad Pengenalan dan sl700113.jpg bagi Surat Lahir.
  • Sediakan alamat Email anda yang betul. Semua maklumbalas Permohonan Atas Talian disalurkan melalui Email anda. LPPB tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat sebarang pemberitahuan oleh kerana Email yang tidak tepat.
  • Jika semua langkah diatas telah dipenuhi, anda siap memohon atas talian. Langkah-langkah seterusnya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit

Semasa Membuat Permohonan

  • Tandakan saya bersetuju dan ingin memohon dan klik butang Submit.
  • Upload salinan Kad Pengenalan digital anda dengan mengklik Drop files here or click to upload di ruangan Kad Pengenalan. Pilih fail digital seperti ic700113.jpg dan tunggu sehingga imej fail tersebut dipaparkan. Masa upload bergantung saiz fail digital anda. Oleh itu elakkan fail digital anda dari terlalu besar. Jika tersalah upload, anda boleh mengklik Remove dan mengulang proses nombor 2 tadi.
  • Upload salinan Surat Lahir digital anda dengan mengklik Drop files here or click to upload di ruangan Surat Kelahiran. Pilih fail digital seperti sl700113.jpg dan tunggu sehingga imej fail tersebut dipaparkan. Masa upload bergantung saiz fail digital anda. Oleh itu elakkan fail digital anda dari terlalu besar. Jika tersalah upload, anda boleh mengklik Remove dan mengulang proses nombor 3 tadi.
  • Jika anda melihat kedua-dua imej fail digital telah dipaparkan maka anda boleh menandakan kotak Tandakan kotak ini jika siap mengisi. Seterusnya tekan butang Complete.
  • Pilih jenis permohonan anda samada untuk rumah Disewa atau Dibeli. Anda dinasihatkan menetapkan jenis rumah yang benar-benar anda perlukan. Hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses walaupun anda menghantar banyak permohonan.
  • Isikan semua maklumat yang dikehendaki dan pastikan Email yang anda isi adalah tepat.
  • Jika semuanya lengkap diisi, tandakan kotak siap diisi dan tekan butang Complete.
  • Isikan butiran KRITERIA yang ditetapkan.
  • Tandakan kotak jika anda telah siap mengisi. Seterusnya tekan butang Complete.
  • Pendaftaran Atas Talian anda telah selesai.

Selepas

  • Sila periksa kotak Email anda untuk mendapatkan salinan borang permohonan untuk simpanan dan rekod. Semua Email tersebut datang dari alamat lppbspt.
  • Jika permohonan anda tidak lengkap dan ditolak oleh Sistem Pendaftaran Terbuka, anda juga akan diberitahu melalui Email.
  • Selepas permohonan anda diproses melalui pemprosesan Sistem Pendaftaran Terbuka, anda juga akan diberitahu melalui Email samada LAYAK atau TIDAK LAYAK. Sila simpan dokumen pemberitahuan untuk ditunjukkan semasa berurusan dengan LPPB

Tempoh Menunggu

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan semasa tempoh menunggu.

1. Anda boleh mengemaskini permohonan anda dengan datang ke Ibu Pejabat LPPB untuk mengisi borang permohonan kemaskini data, sekiranya masih berminat (Sila maklum tempoh sah setiap permohonan adalah tidak melebihi 5 tahun).

2. Memberitahu LPPB jika anda sudah mendapat rumah dari agensi perumahan kerajaan yang lain.

Ada beberapa perkara apabila LPPB menghubungi anda.

1. Meminta anda hadir ke Ibu Pejabat LPPB untuk ditemuduga dan mengemukakan salinan dokumen yang asal seperti Surat Lahir, Slip Gaji Terkini, Surat Nikah dan yang berkenaan. Permintaan ini akan dibuat secara rasmi. Oleh itu anda dinasihatkan menghubungi Bahagian Harta LPPB untuk pengesahan sekiranya ada pihak-pihak meragukan yang menghubungi anda.

2. Memberikan Surat Tawaran rumah sekiranya anda terpilih dalam mesyuarat pemilihan oleh Jawatankuasa Perumahan Sabah dan seterusnya memberikan kunci rumah yang akan anda diami.


3. Membatalkan permohonan dan tawaran rumah sekiranya mendapati maklumat permohonan anda adalah palsu.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan kemusyikan berkenaan Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Sabah, anda boleh hubungi ;

Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB)
Tingkat 13-15, wima Perindustrian,
Jalan Istiadat,Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia

Tel: 6088-287 777
Faks: 6088-222 670
e-Mel: [email protected]

Artikel berkaitan ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!