Permohonan Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ) MUIP

Rakyat Negeri Pahang yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan dan terkesan dan terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah membuka inisiatif iaitu Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ).

Untuk makluman, SPZ dilaksanakan oleh MUIP bagi membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara terutamanya di Negeri Pahang.

Pemberian SPZ MUIP ini diharap mampu meringankan beban golongan yang terlibat untuk meneruskan kehidupan mereka dalam tempoh yang sukar ini.

Permohonan bagi SPZ MUIP ini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Jun 2021.

Syarat Permohonan

Hanya terdapat 4 syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak MUIP bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon berumur 21 ke atas.
  • Bermastautin di negeri Pahang sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web easnaf.muip.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
  4. Klik butang ‘Daftar Baharu.’
  5. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang ‘Log Masuk.’
  6. Buat permohonan SPZ dan hantar permohonan setelah mengisi maklumat diri.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan SPZ?

SPZ merupakan bantuan yang disalurkan oleh MUIP kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan dan terkesan dan terjejas pendapatan akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.

Jika saya berumur 20 tahun dan ingin membuat permohonan, adalah saya layak memohon SPZ?

Tidak. Hanya pemohon berumur 21 tahun dan ke atas sahaja layak untuk membuat permohonan.

Saya tidak bermastautin di Negeri Pahang. Adakah saya layak memohon?

Tidak. Permohonan hanya dikhaskan kepada penduduk yang bermastautin di Negeri Pahang sahaja.

Bolehkah saya membuat permohonan SPZ di pejabat MUIP?

Dalam tempoh PKP 3.0, semua permohonan perlu dibuat melalui laman web https://easnaf.muip.gov.my.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SPZ MUIP, sila hubungi pihak MUIP di talian 011-3016 3882

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!