Bantuan APZ 2021 Untuk Mangsa Banjir Pahang

Bantuan APZ 2021 Untuk Mangsa Banjir Pahang ~ Sukacita dimaklumkan permohonan untuk dapatkan bantuan menerusi Agihan Prihatin Zakat (APZ) kini dibuka.

Umum mengetahui rakyat Pahang merupakan antara yang paling terjejas dalam bencana banjir yang melanda bermula hujung tahun lepas.

Memetik Berita Harian, semua daerah di Pahang didapati terjejas akibat banjir kecuali Rompin dan Cameron Highlands.

Puluhan ribu mangsa dari pelbagai daerah dalam Pahang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan cuaca yang buruk di kawasan kediaman mereka.

bantuan apz 2021
Kredit Foto : bharian.com

Banjir yang sangat buruk ini juga telah menyebabkan kerugian harta benda yang cukup banyak termasuklah kenderaan, kerosakan rumah, dan perabot serta perkakas rumah.

Justeru itu, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini membuka peluang kepada penduduk Pahang untuk dapatkan bantuan kewangan melalui APZ Mangsa Banjir Pahang 2021.

Syarat-syarat Permohonan APZ Mangsa Banjir Pahang 2021

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Bermastautin atau menetap di negeri Pahang
  • Mangsa banjir di dalam negeri Pahang yang disahkan
  • Hanya dibuka untuk golongan yang telah berkahwin/duda/ibu tunggal

Agihan ini akan disalurkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja bagi setiap rumah yang terjejas bencana banjir.

bantuan apz 2021

Cara Memohon Bantuan APZ Mangsa Banjir Pahang 2021

  1. Pemohon baru perlulah mendaftar sebagai pengguna sistem di pautan https://easnaf.muip.gov.my .
  2. Klik Daftar Pengguna di bahagian bawah butang Log Masuk untuk mula mendaftar.
  3. Pengguna Zakat4Pengajian, ePerakuan, atau eBayt yang pernah menggunakan pautan ini boleh log masuk dengan MyKad serta kata laluan yang sama.  
  4. Pengguna sedia ada yang lupa kata laluan boleh klik Lupa Katalaluan untuk tindakan lanjut.
  5. Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.
  6. Setelah maklumat diisi dan disemak sebaiknya, hantar permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan bantuan adalah pada 15 Februari 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan APZ 2021, sila berhubung melalui whatsapp MUIP di talian 011-30163882.

Semoga bantuan yang ditawarkan oleh MUIP ini dapat meringkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!