BTAR 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
BTAR 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman ~ Sukacita dimaklumkan, Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2022) kini telah dibuka!
Tarikh tutup permohonan BTAR akan ditutup pada 31 Mac 2022.
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah merupakan tajaan pengajian yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi.
Biasiswa ini terbuka kepada semua khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.
Penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun. Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.
Selain itu, penerima BTAR juga akan mendapat tajaan yuran universiti, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang biasiswa.
Syarat Kelayakan
PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU BBB untuk A-level.
Keutamaan akan diberikan kepada:
- Pendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah
- Pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian
- Calon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan
NOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon.
Cara Permohonan
- Untuk memohon, sila layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman di pautan berikut: www.yayasantar.org.my
- Klik “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Tulis esei permohonan.
- Tunggu panggilan temuduga.
- Semak keputusan penawaran biasiswa.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada: [email protected]
Rujuk FAQ (Soalan Lazim) untuk mendapatkan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.yayasantar.org.my/bm/soalan-lazim/