Permohonan BYDPA 2022: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
Permohonan BYDPA 2022: Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ~Sukacita dimaklumkan permohonan Biasiswa yang di-Pertuan Agong kini dibuka.
Untuk makluman, permohonan adalah terbuka bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana /Master (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) bagi bidang pengajian yang terpilih.
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 19 Januari 2022.
Borang permohonan perlulah dimuat turun dan diisi selengkapknya, dicetak dan ditangani oleh pemohon.
Pemohon juga perlu hantarkan permohonan bersama dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum tarikh tutup.
Tarikh Permohonan
Pemohon perlulah hantarkan permohonan pada atau sebelum 22 Februari 2022.
Bidang Pengajian Yang Layak Bagi Permohonan BYDPA 2022
Pelajar yang sedang mengikuti program pengajian dalam bidang yang tersenarai di bawah layak untuk memohon :
- Sains dan Teknologi
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
Senarai IPT Layak Memohon
Senarai IPT yang layak memohon boleh dirujuk melalui pautan di bawah :
Syarat-Syarat Umum
Syarat umum bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.
Syarat Khusus
Syarat khusus permohonan adalah seperti berikut :
- Mempunyai keputusan akademik cemerlang di peringkat pengajian :
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana ; atau
- Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon PhD.
- Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikuti bidang pengajian.
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
- Terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu :
- Calon Sarjana : Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan ; atau
- Calon PhD : Penglibatan calon adalah wajib.
Cara Memohon
Pelajar yang berminat boleh ikuti cara permohonan BYDPA 2022 seperti di bawah :
- Layari pautan berikut untuk buat permohonan secara atas talian : https://esilav2.jpa.gov.my/
- Setelah selesai membuat permohonan, muat turun borang permohonan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan
Hantar borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut :
Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan).
- Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan–bagi permohonan peringkat Ph.D).
- Surat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.
- Salinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan (sekiranya ada).
- Kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
- Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan – dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
- Ruangan perakuan Ketua Jabatan di dalam borang permohonan juga perlu dilengkapkan oleh pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai BYDPA, sila hubungi talian :
03–8885 3879/3569/3438/3371/3571
Pemohon juga boleh ajukan pertanyaan melalui email ke alamat : [email protected].