MAIDAM 2021: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara

MAIDAM 2021: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara ~ Sekiranya anda merupakan pelajar IPT (dalam & luar negara), ini adalah peluang untuk anda mendapatkan bantuan awal pengajian

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara (MAIDAM)

MAIDAM memperuntukkan dana khusus bagi memberi bantuan kepada para pelajar IPT dalam dan luar negara. Bantuan ini diberikan kepada para pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Permohonan untuk bantuan ini akan ditutup pada 10 Disember 2021 bagi peralihan kepada sistem yang baru. Sehubungan dengan itu, para pelajar yang berkelayakan dan hendak memohon, sila  hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup. 

Cara Memohon Bantuan Pengajian MAIDAM

Untuk memohon, anda boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi MAIDAM berikut:http://www.espmb.com/maidam_zakat/BA_Syarat.aspx\

  • Klik “Borang Permohonan” 
  • Masukkan “No Kad Pengenalan” dan “Tarikh Daftar Pengajian”. 
  • Ikuti arahan selanjutnya. 
MAIDAM

Serahan borang permohonan yang telah dicetak bagi Bantuan Awal Pengajian adalah melalui serahan di :

1) Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM

2) Melalui pos. (Hantarkan ke:  Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu)

Garis Panduan / Syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  • Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah dan miskin.
  • Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  • Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap samaada bergaji penuh atau sebahagian.
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  • Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  • Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Urusan Zakat Daerah :

 DaerahNo. Telefon 
   Kuala Terengganu  09-630 30 30 
   Marang  09-618 33 17 
   Hulu Terengganu  09-681 78 09 
   Dungun  09-845 28 10 
   Kemaman  09-859 45 45
   Setiu  09-609 03 07 
   Besut  09-697 53 23 
   Kerteh  09-826 64 63 
   Kuala Nerus  09-662 2910 

Atau hubungi: 

Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!