Permohonan iBAKIPT 2022 : Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT

Terkini Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022 FASA 2 dibuka mulai 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan. Bantuan kewangan sebanyak RM300 secara one-off akan di berikan. Ini merupakan salah satu inisiatif bantuan Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu pelajar negeri Kedah di kalangan keluarga B40 untuk persedian awal melanjutkan pelajaran ke Insituti pengajian tinggi.

 

Kadar Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022

Jumlah sumbangan ialah RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Baca juga : YPJ : Skim Bantuan Pendaftaran IPT 2022

Syarat Permohonan

ibakipt 2022 fasa 2

  • Pemohon LAHIR di Negeri Kedah; DAN BERMASTAUTIN SERTA MENETAP di Negeri Kedah (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM3,000.00 DAN KE BAWAH.
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA dan telah MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN.
  • Permohonan dibuka untuk pelajar SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2022 SAHAJA dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:
    • Pelajar SIJIL/ASASI/MATRIKULASI/FOUNDATION
    • Pelajar PASCA-SISWAZAH (Sarjana/Master/Ph.D)
    • Pelajar SEPARUH MASA
    • Pelajar LUAR KAMPUS
    • Pelajar di Institusi Perguruan (IPG)
    • Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
    • Pelajar di bawah LATIHAN SEPARA PERUBATAN di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Dokumen Sokongan

 

Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik  di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL / PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN KEDAH adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi
  4. Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian
  5. Salinan Akaun Bank / Penyata Bannk
  6. Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim (Bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)
  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.

 

Cara Mohon Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022

  • Permohonan BAKIPT FASA 2 2022 mulai 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 15 November 2022 (Selasa) atau tertakluk kepada baki peruntukan kewangan
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (on-line) melalui Sistem iBAKIPT SPPNK https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Kaedah Bayaran

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Awal Kemasukan ke IPT (iBAKIPT) 2022, anda boleh hubungi SPPNK di talian 04 702 7272/7283 atau melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/e-pertanyaan/

 

 

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!