FUH » Pendidikan » Tajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA Zakat Pulau Pinang MyPAC

Tajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA Zakat Pulau Pinang MyPAC

Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA

Permohonan tajaan Program Perakaunan Professional FIA-ACCA lepasan SPM 2021 dibuka. Berita baik untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang bermastautin di Pulau Pinang. MyPAC dan Zakat Pulau Pinang menawarkan tajaan pendidikan penuh untuk program perakaunan profesional MyPAC FIA-ACCA. ​

Apa Itu Program Perakaunan Professional FIA-ACCA

Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA zakat pulau pinang mypac

Program ini merupakan program kerjasama Zakat Pulau Pinang dan juga MyPAC. Ianya merupakan salah satu inisaitif Zakat Pulau Pinang untuk meringankan beban pelajar dari keluarga kategori B40 yang berminat untuk melanjutkan pengajian menjadi seorang akauntan profesional.

Pelajar yang layak akan mendapat tajaan penuh daripada Zakat Pulau Pinang termasuk elaun bulanan.

Latar Belakang MyPAC

Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) adalah salah satu penyedia biasiswa terkemuka di Malaysia untuk memilih, menyokong dan memupuk Bumiputera yang layak untuk menjadi akauntan profesional. Ditubuhkan pada Januari 2015, MyPAC dibentuk berdasarkan saranan yang dibuat oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (BPC). MyPAC membayangkan mempercepatkan pembangunan Akauntan Profesional Bumiputera (BPA) dengan menyediakan peluang untuk mengikuti pensijilan perakaunan profesional dan seterusnya layak sebagai akauntan profesional.

Baca juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD

Tarikh Permohonan

Permohonan di buka bermula 27 Jun – 1 Julai 2022

Kelebihan

  • Tajaan sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang termasuk elaun bulanan

Tempoh Pengajian

Pelajar yang layak menyertai program ini akan mengikuti pengajian selama 4 tahun.

Mereka yang tamat pengajian dalam program ini akan diiktiraf sebagai Akauntan Profesional.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Bermastautin di Pulau Pinang.
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun.
  4. Minimum 5A dalam SPM termasuk Matematik dan B untuk Bahasa Inggeris.
  5. Berada dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.

Cara Memohon

Permohonan untuk menyertai Program Perakaunan Professional FIA-ACCA adalah seperti berikut;

  1. Layari pautan berikut  https://forms.gle/7BAqw9RXtRZkznBv8.
  2. Baca syarat permohonan yang ditetapkan.
  3. Klik butang ‘Next.’
  4. Isi maklumat permohonan yang diperlukan sehingga tamat.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut mengenai Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA tajaan Zakat Pulau Pinang ini, anda boleh layari Facebook ZPP iaitu https://www.facebook.com/zakatpenang atau menghubungi MyPAC di talian 03-78319990 atau 012-9190210.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top