Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021

program-pinjaman-pelajaran-mara

Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat ingin menyambung pengajian ke universiti terbaik dunia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021.

Tujuan pinjaman pelajaran ini diwujudkan adalah untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi professional dan meningkatkan bilangan
tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Permohonan Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021 ini dibuka mulai 14 Jun sehingga 27 Jun 2021 secara online.

Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa penghantaran pelajar ke luar negara adalah bergantung kepada situasi terkini pandemik COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada universiti dan pihak berkuasa yang terlibat.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman yang ditetapkan bagi program pinjaman pelajaran ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.

Senarai Universiti

Pelajar yang menyambung pengajian di univesiti terbaik dunia berikut yang layak untuk memohon:

  • Massachusetts Institute of Technology (MIT)-USA
  • Stanford University-USA
  • Harvard University-USA
  • California Institute of Technology (Caltech)-USA
  • University of Oxford-UK
  • ETH Zurich Swiss Federal Institute of Technology-Switzerland
  • University of Cambridge-UK
  • Imperial College London-UK
  • University of Chicago-USA
  • University College London-UK
  • National University of Singapore (NUS)-Singapura
  • Princeton University-USA
  • Nanyang Technological University (NTU)-Singapura
  • EPFL-Switzerland
  • Tsinghua University-China
  • University of Pennsylvania-USA
  • Yale University-USA
  • Cornell University-USA
  • Columbia University-USA
  • The University of Edinburgh-UK
  • University of Michigan Ann Arbor-USA
  • The University of Hong Kong-Hong Kong
  • Peking University-China
  • University of Tokyo-Japan
  • Johns Hopkins University-USA
  • University of Toronto-Canada
  • The Hong Kong University of Science and Technology-Hong Kong
  • The University Of Manchester-UK
  • Northwestern University-USA
  • University of California, Berkeley (UCB)-USA

Syarat Umum

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021 bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda adalah tidak melebihi 30 tahun.
  3. Pemohon masih belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsy, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah serta tiada rekod masalah mental.
  5. Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  6. Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga tidak di senarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh MARA.
  7. Pemohon mestilah tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik dan disiplin.
  8. Pemohon mestilah mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:

  1. Tawaran dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia seperti dalam senarai di atas.
  2. Bidang atau kursus yang diambil pemohon mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia.
  3. Pendapatan keluarga (ibu dan ayah/penjaga) pemohon tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.
  4. Syarat kelayakan akademik bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
    – International Baccalaureate (IB) : 35/45 pt
    – A-Level : 13/15 pt
    – Foundation/Asasi/Matrikulasi/Diploma : CGPA 3.6/4.0 IELTS: BAND 6.5 @ TOEFL: 100/120 @ SAT: 1200/1600

Cara Memohon

Untuk memohon program pinjaman pelajaran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
  2. Klik butang ‘Pengguna Sekarang.’
  3. Masukkan maklumat dan klik butang ‘Daftar Akuan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Buat permohonan dan hantar selepas selesai mengisi segala maklumat.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan lanjut mengenai Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia 2021, sila email ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like