Cara Memohon Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (RM1,000)

Cara Memohon Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (RM1,000) ~ Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah mewujudkan satu inisiatif bagi membantu para pelajar yang berkelayakan dan menepati syarat yang ditetapkan untuk meringankan beban mereka meneruskan pengajian. 

Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam

Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam ini adalah merupakan inisiatif Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Bantuan ini berupa insentif berjumlah RM1000 yang ditawarkan bagi kemasukan ke Universiti, IPTS, Politeknik, Matrikulasi dan Asasi Sains khusus untuk anak-anak veteran ATM.

Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam

Syarat Kelayakan Pemohon 

Sila baca syarat-syarat yang ditetapkan sebelum anda membuat permohonan agar permohonan anda tidak ditolak. Syarat umum dan syarat khusus yang ditetapkan adalah sperti berikut;  

Syarat Umum

  • Veteran ATM (bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia, bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak, bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) tanpa mengira tempoh khidmat termasuk tanggungan mereka.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Veteran ATM bermastautin di kediaman tersebut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh kejadian

Syarat Khusus

  • Dihadkan kepada semua IPTA di bawah pengendalian Kementerian Pengajian Tinggi dan IPTS terpilih sahaja.
  • Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Permohonan hedaklah dibuat dalam tempoh satu (1) tahun pertama kemasukan / pendaftaran ke IPTA/ IPTS terpilih.
  • Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja samada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
  • Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke IPTA/ IPTS terpilih.
  • Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Semua kursus pengajian professional TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
  • Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK.
    (Contoh: Kursus Pra Diploma / Asasi, latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan, institut kemahiran)

Rujuk (klik untuk memuat turun*):  Syarat- syarat Kelayakan Bantuan IPTS.pdf

Cara Membuat Permohonan Bantuan Kemasukan Universiti Awam

Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan di laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di pautan berikut: https://www.jhev.gov.my/utama

Atau, klik: https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang?download=2:borang-skim-bantuan-kebajikan-jhev-bk-2019

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari https://www.jhev.gov.my 

Untuk melihat senarai IPTS terpilih, sila rujuk: SENARAI_IPTS_TERPILIH_27112020.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!