Zakat Selangor Peduli: Permohonan Bantuan Zakat Untuk B40 Terjejas COVID19

Zakat Selangor Peduli: Permohonan Bantuan Zakat Untuk B40 Terjejas COVID19 ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Zakat Selangor Peduli kini dibuka. Kepada warga Selangor, sekiranya anda layak dan menepati syarat permohonan, sila kemukakan permohonan anda sebelum 10 Disember 2021.

Zakat Selangor Peduli

Zakat Selangor Peduli

Zakat Selangor Peduli adalah inisiatif Lembaga Zakat Selangor yang dikhususkan untuk golongan B40 yang terjejas dengan pandemik Covid19 walaupun tidak tergolong sebagai penerima zakat/asnaf berdasarkan syarat/kriteria tertentu.

Peruntukkan zakat ini adalah BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Inisiatif ini adalah kesinambungan daripada pakej bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Syarat-Syarat Permohonan

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti dibawah: 

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Individu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:

  • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
  • Lain-lain

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila layari pautan berikut:  Zakat Selangor Peduli

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Zakat Peduli Selangor

Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan lengkap, sebelum menghantar permohonan. 

  • Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  • Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  • Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  • Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN
  • Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  • Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil : SURAT PERWAKILAN KUASA
  • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).

NOTA: Jika tidak mempunyai surat diberhentikan kerja, pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan. Klik sini untuk muat turun : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN

Permohonan yang tidak mempunyai maklumat serta lampiran yang lengkap atau palsu akan di tolak serta merta.  

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343
  • Laman web : https://www.zakatselangor.com.my/peduli/
  • Facebook : Lembaga Zakat Selangor
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!