Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebanyak RM2,000

Bantuan Keluarga Malaysia

Menerusi pembentangan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, kerajaan mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Bantuan ini adalah bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 billion, BKM bakal memberi manfaat kepada kira-kira 9.6 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan. Penerima terdiri daripada mereka yang mempunyai purata pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

Selain itu, terdapat juga BANTUAN TAMBAHAN sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 dan mempunyai tanggungan. Hal ini menjadikan, jumlah maksimum bantuan bagi setiap keluarga yang layak ialah RM2,500 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Dalam pakej bantuan BKM ini, warga emas juga turut akan mendapat bantuan sebanyak RM300.

Disamping itu, terdapat beberapa lagi pakej bantuan yang diumumkan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID 19 ini seperti bantuan awal persekolahan, RM150 one-off e-wallet untuk belia, PerantiSiswa Keluarga Malaysia iaitu pemberian tablet bagi setiap pelajar golongan B40 secara percuma untuk membantu pembelajaran secara atas talian, dan lain-lain.

Untuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, kerajaan akan menaikkan syarat kelayakan kebajikan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini. Dengan itu, lebih banyak keluarga akan layak memohon bantuan JKM.

Dana yang diperuntukkan adalah sebanyak RM2.4 bilion bagi tujuan penyaluran bantuan kebajikan dan akan memberi manfaat untuk lebih 440,000 isi rumah yang memerlukan.

BKM: Bantuan Keluarga Malaysia

Secara ringkasnya, berikut ialah mengenai Bantuan Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022. Isi keluarga berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima BKM mengikut kategori berikut:

  • RM 2,000: Keluarga yang mempunyai lebih daripada 3 orang anak
  • RM 1,500: Keluarga yang mempunyai 2 atau 1 orang anak
  • RM 1,000: Keluarga yang tidak mempunyai anak


Bantuan tambahan BKM:

  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000: RM500
  • Warga emas: RM300
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *