Permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli: Terhad 15,000 Penerima

Golongan B40 Negeri Selangor yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan kini boleh memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli menerusi Lembaga Zakat Selangor.

Bantuan Zakat Selangor Peduli adalah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19 terutamanya bagi mereka yang hilang pekerjaan atau terjejas pendapatannya.

Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini yang disalurkan Lembaga Zakat Selangor iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Untuk pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli, mereka boleh mula membuat permohonan mulai 2 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari.

Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sebelum memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli iaitu:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon merupakan warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  3. Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang 3 tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  4. Pemohonan mestilah melalui ketua keluarga bagi isi rumah.
  5. Pemohon merupakan golongan B40 yang kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan.
  6. Bukan asnaf fakir, miskin, dan mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor.
  7. Pemohon memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Had Kifayah akan dibanci serta memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Sihat.
  2. Berumur tidak lebih 60 tahun.
  3. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil/penjaja); atau
  4. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  5. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  6. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan)/Pencen atau Bantuan Ilat/Pencen Penakat/Insuran/Pengeluaran KWSP.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web di pautan https://pre-reg.zakatselangor.com.my/bait_search.asp?co=Peduli.
  2. Masukkan Captcha dan No. Kad Pengenalan disusuli dengan klik butang ‘Semak.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Semak & Seterusnya’ pada akhir setiap paparan.
  4. Muat naik dokumen sokongan pada bahagian Lampiran.
  5. Setelah selesai membuat pengakuan, klik butang ‘Hantar.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam bahagian lampiran adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
  3. Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  4. Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja). Bagi yang tiada Surat Berhenti Kerja boleh muat turun borang ini di pautan https://drive.google.com/file/d/1LVKuDUgnXkrnYcAbJg_2J51etHOVupLt/view.
  5. Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
  6. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon. Bagi yang tiada akaun bank, sila muat turun borang ini untuk pindahan tunai ke akaun pasangan ataupun wakil di pautan https://drive.google.com/file/d/1_StVdB5_Mk9FIO8jVcgjwue4AJYmPfHl/view.
  7. Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor seperti bil air/ bil Elektrik/bil Internet/cukai pintu atas nama atau alamat pemohon (satu sahaja diperlukan).

Soalan Lazim

Berapa lama tempoh Bantuan Zakat Selangor Peduli ini dibuka untuk permohonan?

Tempoh bantuan ini adalah 6 bulan bermula daripada tarikh kelulusan. Sepanjang tempoh 6 bulan, pemohon boleh memohon Bantuan Keperluan Hidup sebanyak 3 kali.

Selepas tempoh 6 bulan, bolehkah saya memperbaharui permohonan bantuan ini?

Selepas tempoh 6 bulan, pemohon yang masih memerlukan bantuan boleh berhubung denga LZS untuk siasatan bancian bagi menentukan bantuan yang boleh ditawarkan kepadanya.

Bagaimana kaedah penyaluran bantuan ini?

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT).

Adakah pihak ketiga (contoh: NGO, institusi, pusat jagaan dsb) boleh memohon bagi pihak lain?

Tidak boleh. Permohonan ini hanya boleh dibuat oleh individu yang memenuhi syarat kelayakan dan kriteria Zakat Selangor Peduli sahaja. Namun, pihak ketiga dibenarkan untuk membantu pihak lain untuk memohon bantuan ini.

Adakah ada proses rayuan atau permohonan semula bagi pemohon yang gagal?

Proses rayuan atau permohonan semula akan dibuka setelah selesai proses kelulusan dan bergantung kepada baki peruntukkan. Untuk mengelakkan kegagalan dalam membuat permohonan, pemohon dinasihatkan supaya memastikan setiap butiran permohonan adalah tepat dan lengkap sebelum proses penghantaran (submit) dibuat.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Selangor Peduli, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!