Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600 | 2021
Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM600 | 2021 ~ Sebagai salah satu inisiatif untuk membantu golongan pekebun kecil pada musim tengkujuh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM191 juta untuk diberikan kepada semua pekebun kecil yang terjejas. Pakej bantuan ini dinamakan sebagai; Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT RISDA 2021).
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)
Bantuan Musim Tengkujuh ini dikendalikan sepenuhnya oleh RISDA yang merupakan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Bantuan ini akan disalurkan melalui 2 peringkat, iaitu pada bulan November 2021 dan Disember 2021.
Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
Setiap pekebun kecil/penoreh getah layak menerima RM300 untuk bulan November dan RM300 untuk bulan Disember. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM600 keseluruhannya.
Syarat Kelayakan Pemohon
Syarat kelayakan pemohon dibahagikan kepada dua kategori:
Pekebun Kecil Risda | Penoreh Bukan Pemilik |
– Warganegara Malaysia – Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA – Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar – Pemilik tanah yang sah – Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah | – Warganegara Malaysia – Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA – Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar – Pengesahan pemilik tanah yang sah – Seorang penerima sahaja untuk 1 lot – Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah |
Pekebun Kecil Risda; Pekebun yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).
Penoreh Bukan Pemilik; Penoreh yang menoreh getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun tersebut.
Cara Membuat Permohonan/ Mengemaskini
Untuk membuat permohonan, sila layari http://bmt.risda.gov.my atau, anda hanya perlu pergi ke Pejabat RISDA negeri atau mana-mana Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.
Manakala untuk membuat semakan secara atas talian (online), sila layari: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang telah berdaftar, anda boleh mengemaskini permohonan anda bermula 15 September 2021 yang lepas dengan melayari: https://bmt.risda.gov.my
Kaedah Pembayaran BMT RISDA
Bantuan akan terus diberikan ke akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/kekeliruan atau untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline BMT RISDA di talian: 03-4256 4022
Atau layari laman web rasmi RISDA di pautan berikut: https://www.risda.gov.my/my/312-e-perkhidmatan / http://pekebunkecilmakmur.com.my