eHLP KKM : Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bermula 28 Januari Ini

eHLP KKM : Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Bermula 28 Januari Ini ~ Tahukah anda, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kepakaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak kementerian bermula 28 Januari 2022. 

Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata tawaran tersebut terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama KKM lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.

eHLP KKM

Pembukaan tawaran kali ini adalah berbeza daripada tahun lepas yang mana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak kini turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran (PLK) di peringkat Sarjana atau Parallel Pathway. Sebelum ini, hanya pegawai lantikan tetap sahaja diberikan peluang untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.

Permohonan boleh dilakukan menerusi sistem e-HLP KKM bagi yang berkelayakan. 

Tarikh permohonan akan dibuka pada 28 Januari 2022.

eHLP KKM

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dilakukan melalui sistem e-HLP KKM di pautan berikut: http://ehlp.moh.gov.my.

Dokumen Surat Penawaran Iklan Dan Syarat Tawaran

Tawaran A (Sarjana/ Kedoktoran/ Area of Special Interest) 

Tawaran B (Sarjana Perubatan) 

Tawaran C (Sub Kepakaran) 

Tawaran D (Laluan Paralel) 

Tawaran E (Sijil/ Diploma/ Ijazah) 

  • TAWARAN E: KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KUMPULAN PELAKSANA(KEMUDAHAN CUTI BELAJAR TANPA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA SEPENUH MASA SESI AKADEMIK 2021/2022 KEPADA PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (BUKAN GUNASAMA DAN KADER) LANTIKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

ADVERTISEMENT

Pengurusan & Professional (P&P)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi: 

Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya

Atau, 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (Kursus Jangka Panjang / Sederhana): 03-8885 0694

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!