Cara Memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021| RM700-RM2500
SPZAS: Cara Memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 | RM700-RM2500 ~ Kepada semua pelajar IPT dalam dan luar negara, permohonan Bantuan Zakat Pendidikan kini telah dibuka. Sila lakukan permohonan dengan segera sekiranya anda layak memohon.
Sila baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan anda. Bantuan disalurkan secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2021 (SPZAS)
Bantuan SPZAS merupakan salah satu bantuan yang disalurkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos pendidikan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara.
Berapa peruntukan bantuan zakat IPT kali ini?
- Universiti Dalam Negara : RM4 juta
- Universiti Luar negara : RM1 juta
Bantuan zakat ini terbuka kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
Setiap pelajar yang berjaya memohon akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian, sebanyak;
- RM700, untuk pelajar IPT dalam negara
- RM2,500)untuk pelajar IPT luar negara
Syarat Kelayakan Permohonan
Pelajar IPT Dalam Negara; Hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
- Sijil
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
- Diploma/Diploma Lanjutan
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
- Ijazah Sarjana (Master)
Pelajar IPT Luar Negara; Hanya terbuka kepada pelajar di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan serta Morocco yang melanjutkan pengajian di peringkat:
- Ijazah Sarjana Muda
Kriteria Kelayakan Pemohon
- Mestilah beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Ketua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.
Tarikh Permohonan
Para pelajar yang menepati syarat dan kriteria kelayakan boleh membuat permohonan bermula dari 20 November sehingga 21 Disember 2021.
Cara Membuat Permohonan
Untuk memohon, sila layari laman web rasmi Zakat Selangor di pautan berikut: www.zakatselangor.com.my/spzas
Sila pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
- *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
- Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
- Passport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
Anda boleh muat turun borang-borang* yang diperlukan di: www.zakatselangor.com.my/spzas atau, klik pautan di bawah;
Bil | Borang | Muat Turun |
1 | Borang Pengesahan Belajar | Muat Turun Borang |
2 | Borang Pengesahan Pemastautin | Muat Turun Borang |
3 | Borang Pengesahan Pendapatan | Muat Turun Borang |
Sebarang permohonan yang dihantar dengan maklumat/dokumen lampiran yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon dinasihati agar menyemak semua maklumat, kiraan Haddul Kifayah dan dokumen lampiran dengan teliti sebelum menghantar permohonan.
Semakan Status Permohonan
Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
Sekiranya permohonan masih dibuka dan terdapat permohonan yang dihantar dalam masa 5 hari sehingga sebelum tamat tempoh permohonan, LZS akan membuat pembayaran bagi permohonan tersebut selewatnya pada tarikh 20 Januari 2022.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Talian Zakat Selangor: 1300-88-4343
Nota: Pertanyaan khusus berkaitan status bantuan SPZAS yang telah dihantar hanya dibuka bermula 2 Januari 2022.