Skim Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang Untuk Pemilik Bengkel
Terkini skim bantuan khas zakat pulau pinang untuk pemilik –pemilik bengkel yang beroperasi di negeri pulau pinang dibuka bermula 8 Ogos 2022 – 22 Ogos 2022.
Bagi pemilik bengkel yang menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan keluarga dan memerlukan bantuan.
Pusat Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mempelawa anda untuk memohon Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang, MAINPP ini diberikan kepada pemilik bengkel yang layak dan beroperasi atau bermastautin di negeri tersebut.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 8 Ogos 2022 (Isnin) hingga 22 Ogos 2022 (Isnin).
Skim Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang 2022 –Senarai Pemilik Bengkel Yang Layak
Untuk bantuan khas ini, senarai pemilik bengkel yang layak untuk menerima bantuan ini adalah seperti berikut ;
.
- Bengkel membaiki kereta/motor
- Bengkel mengimpal/mengecat
- Membaiki barangan elektrik/elektronik/penghawa dingin
- Bengkel besi
- Bengkel perabot
Baca juga : Permohonan Skim Makanan Kecemasan Zakat Pulau Pinang
Syarat Kelayakan
Pemilik bengkel atau pemohon perlulah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut untuk melayakan permohonan anda di pertimbangkan ;
- Pemastautin dan mempunyai premis/bengkel yang beroperasi di negeri Pulau Pinang.
- Wajib mempunyai lesen perniagaan SSM dan PBT.
- Belum menerima bantuan perniagaan tahun 2021/2022.
- Perniagaan merupakan sumber utama pendapatan keluarga.
Cara Permohonan Dan Borang Permohonan
Dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.
No. | Alamat |
1 | Kaunter Perkhidmatan Zakat Balik Pulau No.32 A-G, Jalan Sungai Nipah, 11000 Balik Pulau |
2 | Kaunter Zakat Pulau Pinang Bayan Baru No.81, Tingkat Bawah, Persiaran Mahsuri, 1/3 sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas |
3 | Kaunter Perkhidmatan Zakat Georgetown No. 34, Lebuh Buckingham 10200 Georgetown |
4 | Kaunter Perkhidmatan zakat Nibong Tebal No. 40, Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Nibong Tebal |
5 | Kaunter Perkhidmatan zakat Buterworth No.65, Jalan Selat, Taman Selat, 12000 Butterworth |
6 | Kaunter Perkhidmatan Zakat Ayer Itam D/A Masjid Negeri Pulau Pinang Jalan Ayer Itam, 11500 Air Itam |
7 | Kaunter Perkhidmatan Zakat Kepala Batas No. 2102, Wisma Syeikh Abdullah Fahim, 13200 Kepala Batas |
8 | Kaunter Zakat Bergerak |
Waktu Urusan:
Isnin – Khamis: 8:00 pagi hingga 4:00 petang
Rehat: 1:00 petang hingga 2:00 petang
Jumaat: 8:00 pagi hingga 4:00 petang
Rehat: 12:15 tengahari hingga 2:45 petang
Sabtu & Ahad Tutup
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Bantuan Khas Zakat Pulau Pinang untuk pemilik bengkel,anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/zakatpenang atau sila hubungi talian terus 011.2872.4558 (Bahagian Keusahawan Asnaf ZPP).