Zakat Fitrah Selangor 2022 | Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Secara Online
Zakat Fitrah Selangor 2022 | Kadar Bayaran Dan Cara Bayar Secara Online ~ Zakat fitrah adalah merupakan kewajiban bagi setiap individu muslim samada lelaki mahupun perempuan yang berkemampuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat Fitrah Selangor 2022
Kadar zakat fitrah di Selangor tahun 2022 telah ditetapkan bermula RM 7.00 setiap seorang. Penetapan ini adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazimnya digunakan masyarakat di Selangor.
Walaubagaimanapun, pihak Lembaga Zakat Selangor amat menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan.
Zakat fitrah wajib dibayar pada BULAN RAMADHAN sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
NOTA: Zakat fitrah hanya ditunaikan pada bulan ramadhan sahaja bagi setiap tahun.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2022
Kadar zakat fitrah berkenaan adalah seperti berikut:
- RM 7.00 seorang bagi seorang individu yang memakan beras biasa (Beras Super Spesial Tempatan 5%)
- RM 14.00 seorang bagi individu yang memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi
- RM 21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmati, beras jepun dan beras merah
Seramai 2,745 orang ketua dan penolong amil di seluruh Selangor dilantik untuk mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan tahun ini.
Cara Bayar Zakat Fitrah Online
Jangan risau, anda boleh melakukan pembayaran zakat melalui pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih pantas dan selamat.
Anda boleh membuat bayaran online melalui kaedah berikut:
- EZakatPay dengan melayari: https://fpx.zakatselangor.com.my
- Aplikasi Zakat Selangor
- Perbankan internet
- Portal MyEg
- Pos Online
- Aplikasi e-dompet GoPayz
- Boost
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor di pautan berikut: https://www.zakatselangor.com.my/