GSSP : Geran Sepadan Sektor Pelancongan 2022

Terkini Geran Sepadan Sektor Pelancongan GSSP 2022 bernilai sehingga RM1 juta di buka kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri .Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia menawarkan geran ini untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/ acara pelancongan domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula.

Geran Pelancongan ini bertujuan menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan seperti yang dirangka dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai langkah pemulihan sektor ini yang terjejas teruk susulan penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19).

Ianya juga bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri untuk mempromosi dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi, selain memartabatkan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau Asia.

Apa Itu Geran Sepadan Sektor Pelancongan GSSP?

geran sepadan sektor pelancongan

Geran GSSP bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri.

Format peruntukan GSSP adalah secara tuntutan bayaran semula (reimbursement).

Sejumlah RM25 juta akan digunakan untuk penganjuran program/acara oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri di bawah GSSP sepanjang tahun semasa (2022).

Maklumat Geran GSSP

  • Nama geran : Geran Sepadan Sektor Pelancongan GSSP
  • Penganjur : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
  • Peruntukan :
    • Domestik sehingga RM500,000
    • Antarabangsa sehingga RM1 JUTA

Penganjuran dibenarkan memohon lebih dari 1 penganjuran program/acara pada tahun semasa (2022), tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian berbeza

Baca juga : GSSK : Geran Sepadan Sektor Kebudayaan 2022

Tempoh Penerimaan Permohonan

  • 60 hari sebelum penganjuran program /acara domestik
  • 90 hari sebelum penganjuran program /acara antarabangsa
  • Tempoh pelaksanaan program /acara yang diluluskan adalah sehingga 31 disember 2022 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan
  • Pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada pematuhankepada prosedur operasi standard (SOP) pelan pemulihan negara yang sedang berkuat kuasa dan yang dikemaskini dari semasa ke semasa

Penganjuran yang dibenarkan

  • Program/acara pelancongan
  • Festival /karnival pelancongan
  • Pameran pelancongan (travel fair) berasaskan Business to Consumer (B2C) dan program acara sukan yang menyuntik elemen pelancongan

*Penganjuran program / acara perlu mempunyai elemen pergerakan inter-state

Penganjuran yang Tidak dipertimbangkan

  • Mempromosikan produk sahaja tanpa ada program /acara yang dianjurkan
  • Familiarisation trip (Famtrip)
  • Penerbitan video/bahan promosi berbentuk video
  • Pembangunan aplikasi/kandungan/laman web

Baca juga : Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022

Syarat Tambahan

  • Penganjuran program/acara bersiri – hanya satu siri dipertimbangkan
  • Bagi permohonan yang telah diluluskan, kontrak rasmi /surat setuju terima (SST) beserta syarat dan terma yang dipersetujui akan dikeluarkan
  • Tuntutan beserta dokumen dan laporan lengkap perlu dikemukakan selepas program /acara tamat sepenuhnya
  • Tuntutan perlu dikemukakan melalui surat tuntutan dan invois rasmi, termasuk dokumen sokongan yang lain seperti salinan surat setuju terima /akuan terima, bil pihak ketiga dan resit pembayaran (sekiranya berkaitan) dan laporan komprehensif bergambar (berdasarkan timbal balas yang dipersetujui bersama di dalam kontrak /SST)
  • Setelah kesemua dokumen tuntutan lengkap diterima dan disemak, proses pembayaran akan di buat dalam tempoh masa 14 hari bekerja

Syarat Permohonan

  • Persatuan pelancongan malaysia sahaja
  • syarikat/organisasi tempatan (bukan agen pelancongan)
  • syarikat berkaitan kerajaan negeri
  • anak syarikat di bawah negeri
  • persatuan/pertubuhan bukan kejrajaan (NGO)
  • setiap permohonan dihantar kepada urusetia menggunakan surat rasmi syarikat /organisasi/NGO yang diwakili beserta maklumat pendaftaran yang sah
  • Setiap permohonan perlu disertakan Borang Permohonan dan Kertas Cadangan yang disediakan mengikut format yang terdapat di dalam Garis Panduan. Kertas Cadangan boleh disediakan dalam BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS

Cara Permohonan

gssp 2022
  • Borang permohonan dan garis panduan untuk geran boleh dimuat turun menerusi laman web koprat Tourism Malaysia https://www.tourism.gov.my/
  • Permohonan lengkap perlu dikemukakan kepada urustia melalui hard copy secara serahan tangan /courier dan e-mel salinan kepada ;

GERAN PADANAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA (GPPSB) LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA (TOURISM MALAYSIA)

BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK, ARAS 2, NO.2, MENARA 1,

JALAN P5/6, PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA

DAN

E-MEL KEPADA:

[email protected]

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI: 03-8891 8191 / 8196 / 8232

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan Geran Sepadan Sektor Pelancongan 2022 juga anda boleh dapatkan di sini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!