Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ

bantuan-zakat-pendaftaran-ipt

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan bagi pelajar yang akan memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara menerusi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT.

Untuk makluman, MAIJ merupakan majlis agama Islam yang berfungsi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di Negeri Johor dan menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah serta mengagihkan mengikut asnaf yang layak.

Tujuan skim bantuan zakat ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban para pelajar yang mendaftar IPT dalam negara.

Permohonan bagi Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini dibuka secara atas talian bermula 1 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang ditawarkan dalam Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT ini adalah:

  • Diploma                       
  • Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan bagi pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  • Diploma (semester pertama): RM500.00
  • Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon warganegara Malaysia beragama Islam
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
  3. Pemohon bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  4. Pemohon mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  5. Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
  6. Permohonan hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan skim bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi permohonan iaiatu https://epayment.maij.gov.my/.
  2. Klik pada bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Masukan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Semak No. Kad Pengenalan.’
  4. Sekiranya no. Kad Pengenalan telah didaftarkan, paparan akan menyatakan data pengguna telah didaftarkan. Klik pada ‘Klik Di Sini’ untuk kemas kini kata laluan.
  5. Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, pemohon perlu melengkapkan maklumat peribadi pemohon.
  6. Setelah melengkapkan maklumat pendaftaran, klik ‘Setuju’ dan ‘Simpan.’
  7. Login semula ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  8. Klik pada klik ‘Bantuan IPT Dalam Negeri.’
  9. Lengkapkan butiran berikut:
    – Maklumat pemohon.
    – Maklumat ibu bapa atau penjaga.
    – Maklumat pengajian.
  10. Muat naik dokumen sokongan.
  11. Klik butang ‘Hantar.’
  12. Klik ‘Cetak Slip’ sebagai rujukan permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  3. Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  4. Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  5. Salinan surat tawaran IPT
  6. Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  7. Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  8. Dokumen yuran pendaftaran.
  9. Gambar berukuran passport.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like