ERA FM : Frekuensi, Senarai DJ & Segmen Harian
Era FM adalah salah satu stesen radio tempatan popular dan digemari ramai tanpa mengira usia.
Stesen radio ini merupakan milik Astro Radio Sdn Bhd, iaitu salah satu anak syarikat Astro All Asia Networks yang turut memiliki beberapa stesen radio terkemuka di Malaysia antaranya Raaga, Sinar FM, Gegar, Hitz dan Mix FM.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai stesen radio popular ini.
Baca Juga : Ini Cara Langgan Astro Njoi Melalui WhatsApp & SMS
Ke udara secara rasmi pada 1 Ogos 1998, Era FM kekal menjadi stesen radio Bahasa Melayu kegemaran rakyat Malaysia.
Namun, ia kekal berkembang mengikut trend muzik semasa sambil menyajikan bukan sahaja lagu-lagu dalam Bahasa Melayu, malah radio dengan slogan Muzik Hit Terkini ini turut memainkan lagu dari negara Barat, Indonesia dan Korea Selatan.
Asalnya, stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock yang mula berkumandang pada 1 Januari 1997 sebelum menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.
Pada 1 Januari 2018, radio ini telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai inisiatif daripada Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bwah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan kepada semua pendengar.
Seiring dengan perkembangan radio terkemuka ini, slogan stesen radio ERA FM turut berubah beberapa kali sejak beroperasi :
- Rentak Muzik Terkini (1998-2009)
- Muzik Terkini (2009-2011)
- Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012)
- Muzik Hit Terbaik (2012-2022)
- Muzik Hit Terkini (2022-Kini)
Frekuensi ERA FM
Radio ERA boleh didengari di seluruh Malaysia menerusi frekuensi berikut :
Frekuensi | Lokasi |
103.3 MHz | Lembah Klang |
103.3 MHz | Kota Bharu, Kelantan |
103.6 MHz | Alor Setar, Kedah dan Perlis |
103.6 MHz | Pulau Pinang |
103.6 MHz | Seremban, Negeri Sembilan |
90.7 MHz | Langkawi, Kedah |
95.2 MHz | Taiping, Perak |
103.7 MHz | Ipoh, Perak |
90.3 MHz | Melaka dan Johor Utara |
104.5 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura |
104.5 MHz | Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia |
98.0 MHz | Kuantan, Pahang |
102.8 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu |
Anda juga boleh mendengar siaran stesen radio ini secara dalam talian melalui laman web SYOK di alamat https://era.syok.my/
Senarai DJ Radio ERA FM
Berikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio ERA FM:
- Azad Jasmin
- Nabil Ahmad
- Radin Amir Affendy
- Munaabella
- Isha Norsham
- Haniff Hamzah
- Ray
- Fazziq Muqris
- Amira Husna (Era Terengganu)
- Chris (Kota Kinabalu)
- Ily (Kota Kinabalu)
- Beebey (Kota Kinabalu)
- Lopz Wala (Kota Kinabalu)
- Kim (Kota Kinabalu)
- Jay Jay (Kota Kinabalu)
- Osha (Kuching)
- Afick (Kuching)
- Chopie (Kuching)
- Syaz (Kuching)
- Fir Affandi (Kuching)
- Elly Mazlein
- Zahier Yusoff
- Dottie
- Isha Norsham
- Fazziq Muqris
- Namie
- Hawa Rizwana
Segmen dan Program di ERA
Pelbagai segmen serta program menarik di radio ERA setiap hari.
Isnin – Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
Muzik Hit Terkini | 00:00 – 06:00 | |
3 Pagi ERA | Azad Jasmin, Nabil & Radin | 06:00 – 10:00 |
ERAthon | Munaabella | 10:00 – 13:00 |
Gempak Hit ERA | Isha Norsham | 13:00 – 16:00 |
101 ERA | Haniff & Ray | 16:00 – 20:00 |
PM 40 ERA | Fazziq Muqris | 20:00 – 00:00 |
Sabtu
Segmen | Penyampai | Masa |
Muzik Hit Terkini | 00:00 – 07:00 | |
Sabtu Pagi ERA | Namie & Hawa Rizwana | 07:00 – 10:00 |
RIM CHART ERA | Isha Norsham | 10:00 – 11:00 |
Hujung Minggu ERA | N/A | 11:00 – 15:00 |
Carta ERA 40 | Elly Mazlein | 15:00 – 19:00 |
Terbaik 3 Pagi ERA | N/A | 19:00 – 20:00 |
Non Stop ERA | N/A | 20:00 – 22:00 |
Flow ERA | Zahier | 22:00 – 23:00 |
Hallyu ERA | Munabella | 23:00 – 00:00 |
Ahad
Segmen | Penyampai | Masa |
Muzik Hit Terkini | 00:00 – 06:00 | |
Terbaik 3 Pagi ERA | N/A | 06:00 – 08:00 |
Carta ERA 40 (ulangan) | Elly Mazlein | 08:00 – 12:00 |
Lagu Baru Nak Up | Zahier | 12:00 – 14:00 |
Hujung Minggu ERA | N/A | 14:00 – 18:00 |
Ulangan RIM CHART ERA | Isha Norsham | 18:00 – 19:00 |
Terbaik 101 ERA | N/A | 19:00 – 20:00 |
Non Stop ERA | N/A | 20:00 – 23:00 |
Hallyu ERA (ulangan) | Munabella | 23:00 – 00:00 |
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai radio ERA, sila ikuti laman media sosial mereka di pautan berikut :
Facebook : fb.com/era.je
Instagram : www.instagram.com/era.je
Twitter : twitter.com/ERAdotje
Youtube : www.youtube.com/eradotje