Yayasan Sabah : Permohonan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi 2022

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah 2022, tawaran pelbagai biasiswa,pinjaman dan dermasiswa Siri 2/2022 Pengajian Tinggi boleh dibuat mulai 17 Jun 2022. Kumpulan Yayasan Sabah mempelawa anak Sabah yang berkelayakan untuk memohon tajaan pendidikan ini. Tawaran ini adalah untuk pengajian di peringkat Sijil,Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2022.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (Online) melalui pautan Portal Permohonan Tajaan Yayasan Sabah 2022.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sabah ,Pinjaman Pengajian Tinggi & Derwasiswa Siri 2/2022

biasiswa yayasan sabah 2022

Tajaan ini terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi. Permohonan adalah berdasarkan kelayakan akademik, bidang pengajian dan juga tahap pengajian.

Tajaan ini boleh dimohon bermula 17 Jun sehingga tarikh tutup permohonan untuk tajaan Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) dan Biasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB) ialah pada 30 jun 2022. Manakala tajaan lain sehingga 22 Julai 2022

Baca juga : Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2022

Tarikh Permohonan

  • Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS) 17 Jun Sehingga 30 Jun 2022
  • Biasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB) 17 jun sehingga 30 Jun 2022
  • Tajaan lain 17 Jun sehingga 22 Julai 2022

Syarat Permohonan

1.Pemohon,ibu dan bapa warganegara Malaysia berasal dari negeri Sabah atau

2.Pemohon,ibu dan bapa warganegara malaysia salah seorang ibu atau bapa  penduduk asal negeri sabah atau

3.Pemohon,ibu dan bapa warganegara malaysia salah seorang ibu atau bapa mempunyai status penduduk tetap negeri Sabah

Jenis Tajaan & Kelayakan Akademik

Biasiswa

  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5A+ termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan SPM 2021
  • Kursus : Matrikulasi/Pra/Asasi/A’level/Diploma
  • Tempat pengajian : Dalam negara, keutamaan kepada pelajar yang mengikui program berkembar (TTP)
  1. Biasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB)
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangya memperoleh 5A termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan SPM 2021. khusus kepada golongan B40 luar bandar
  • Kursus : Matrikulasi/Pra/Asasi/Diploma
  • Tempat pengajian : Uitm/UMS/UMP/UM/USNIZA/UNISHAMS/KOLEJ PRO BAITULMAL,KL/KTYS/UCSF/KUIPSAS
  1. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
  • Peringkat pengajian : diploma /ijazah sarjana muda
  • Tempat pengajian : Institut pengajian tinggi tempatan/program berkembar (TTP)/ASEAN/Timur Tengah
  1. Biasiswa Ulum Islamiah
  • Peringkat pengajian : Ijazah Sarjana Muda
  • tempat pengajian : Universiti Al-Azhar Mesir
  1. Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
  • Peringkat pengajian : Asasi -Ijazah Sarjana Muda
  • Kursus : Bahasa Arab
  • Tempat Pengajian : UCSF – Yarmouk University,jordan
  1. Biasiswa Kejuruteraan ( Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
  • Peringkat Pengajian : Ijazah Sarjana Muda
  • Tempat Pengajian : Universiti Malaysia Pahang ( Program Kerjasama Jerman) atau
  • Kursus :Asasi Kejuruteraan
  • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah Collage of Technology (YSCT)/Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang
  1. Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( YSCT)
  • Peringkat Pengajian : Diploma
  • Tempat Pengajian : Yayasan Sabah Collage of Technology (YSCT)
  1. Biasiswa IPTA/IPTS
  • Peringkat pengajian : diploma
  • Tempat pengajian : IPT Tempatan
  • Kurusus: pertanian,velentinar,perakaunan,senibina,juruukur bahan, keushawanan,pergigian
  1. Biasiswa Pelancongan /Perhotelan
  • Peringkat pengajian :Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
  • Tempat Pengajian : Universiti Collage Sabah Foundation (UCSF)

Dermasiswa

  1. Dermasiswa YSCT/Politeknik/Uitm
  • Peringkat pengajian : sijil/diploma
  • Tempat pengajian : Yayasan Sabah Collage of Technology/Politeknik/Uitm
  1. Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur (DBPBKL)
  • Peringkat pengajian : Foundation In Accounting (FIA)/London Chamber of Commerce and indusry (LCCI)
  • Tempat pengajian : Kolej Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur

Pinjaman Pengajian

  • Pinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai dalam kursus dermasiswa/biasiswa

Kelayakan Akademik

  1. Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5a+ termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan spm 2021
  1. Biasiswa Cemerlang Luar Bandar (BCPLB)
  • Pemohon mestilah sekurang-kurangya memperoleh 5a termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan spm 2021. khusus kepada golongan b40 luar bandar
  1. Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiah
  • Pemohon mestilah memperoleh Sijil penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kuragnya jaid jiddan/sangat baik)dan/atau memperole sekurang-kuragnya 5 kredit trermasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM
  1. Biasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
  • Pemohon mestilah memperolehi sijil penuh dalm peperiksaan STAM sekurang-kuragnya jaid jiddan/sangat baik) dan/atau memperolehi sekurang-kuragnya 4 kredit termasuk bahasa melayu,bahasa arab,pendidikan al-quran & sunnah dan pendidikan syariah islamiah dalam peperiksaan SPM
  1. Biasiswa Kejuruteraan
  • Pemohon mestilah memeperoleh sekurang-kuragna CGPA 3.00 dalam Peperiksaan Matrikulasi/Asasi
  1. Biasiswa IPTA/IPTS/Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan dan Pinjaman Pengajian Tinggi
  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kuragnya 5 kredit termasuk bahasa melayu dalam peperiksaan spm
  1. Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak ( YSCT)
  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kuragnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM
  1. Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal,Kuala Lumpur (DKPBKL)
  • Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kuragnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM

Cara Mohon

  • Pemohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian di yayasansabahgroup.org.my melalui pautan portal permohonan Tajaan Yayasan Sabah 2022.
  • Pemohon perlu mendaftar dengan e-mail peribadi. sila maklum bahawa borang permohnan secara dalam talian ini hanya sesuai dibuka menggunakan komputer rina (laptop) atau komputer peribadi
  1. Sila klik DAFTAR akaun di https://ysedu-online.net.my/ dan isikan nama,nombor mykad,emel yang sah dan juga negeri asal/daerah
  2. Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan sila tekan butang DAFTAR
  3. Selepas DAFTAR, permohonan akan menerima e-mel yang mengandungi ID dan kata laluan (password)
  4. Sila klik pautan di dalam e-mel yang diterima untuk mengaktifkan akaun dan seterusnya log masuk untuk mengisi borang permohonan secara online
  5. Sila lengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang disediakan sebelum tekan butang HANTAR

Sekiranya permohonan telah mendaftar tetapi tidak menerima e-mel,sila hubungi pejabat bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan biasiswa yayasan sabah 2022,pinjaman pengajian tinggi dan dermasiswa Yayasan Sabah siri 2/2022 anda boleh layari http://www.yayasansabahgroup.org.my/ atau hubungi ;

Nombor telefon;

  • 088-326402
  • 088-326385
  • 088-326390
  • 088-326392

E-mail [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!