Permohonan TPKKKP: Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor

Kakitangan Kerajaan Negeri Johor yang ingin melanjutkan pelajaran dan mencari pembiayaan pelajaran kini boleh membuat permohonan menerusi Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) 2021.

Untuk makluman, TPKKKP telah diperkenalkan sejak tahun 2018 yang bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

TPKKKP ini dilaksanakan di bawah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Permohonan TPKKKP telah dibuka kepada kakitangan kerajaan yang berminat dan tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.

Syarat Permohonan

Kakitangan kerajaan yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Permohonan dibuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun).
  2. Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.
  3. Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
  4. Tiada had umur ditetapkan.
  5. Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan.
  6. Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT atau mana-mana bantuan yang dilaksanakan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
  7. Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  8. Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama 5 tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan TPKKKP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://www.pdt.com.my/tpkkkp2021/.
  2. Klik butang ‘Borang Permohonan.’
  3. Muat turun Borang Permohonan TPKKKP.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  5. Sediakan dokumen sokongan.
  6. Setelah siap, hantar borang permohonan ke alamat email berikut [email protected].

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sah surat tawaran kemasukan ke universiti awam.
  2. Salinan surat pengesahan status perkhidmatan.
  3. Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin).
  4. Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin-slip gaji pasangan).
  5. Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini.
  6. Sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).
  7. Sijil-sijil kelayakan daripada badan-badan profesional/ikhtisas (jika ada).
  8. Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat daerah/negeri (jika ada).

Perlu diingatkan semua dokumen tersebut perlu mendapat pengesahan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web iaitu https://www.pdt.com.my/tpkkkp2021/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!