Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)

Sukacita di maklumkan permohonan pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) 2021/2022 bagi pelajar-pelajar anak Sabah yang cemerlang dalam pendidikan kini dibuka. Ini adalah usaha kerajaan negeri dalam mengiktiraf bakat anak-anak Sabah yang cemerlang dalam bidang kurikulum

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ramai dalam kalangan pelajar di negeri ini berjaya mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mereka yang cemerlang untuk diberi pengiktirafan menerusi pemberian AKSA.

“Kita di Sabah ada anak-anak sekolah dan juga universiti yang cemerlang dari sudut kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“AKSA diberikan kepada mereka ini sebagai tanda penghargaan kerana mengharumkan nama Sabah.

Ini termasuk kecemerlangan dalam bidang kesenian, keilmuan, dapatan sains yang perlu kita berikan penghargaan dan pengiktirafan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyampaian Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dan Pelancaran BAGUS, BISBAH dan AKSA 2022 di Menara Kinabalu di sini hari ini. 

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang diwakili oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Mohd Arifin berkata, anak-anak Sabah yang cemerlang ini boleh berkembang jauh dari sudut bakat dan pencapaian mereka  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Tahun lepas kita ada pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah menjadi johan pidato bahasa Arab peringkat kebangsaan dan pelajar SMAN Papar naib johan pidato bahasa Inggeris peringkat kebangsaan.

Inilah pencapaian-pencapaian anak Sabah dan begitu juga yang mencipta rekod terbaik peringkat antarabangsa dalam bidang tarian kerana ia satu pencapaian luar biasa yang perlu diiktiraf,” jelasnya.

AKSA antara program baharu di bawah inisiatif pembangunan pendidikan bersama program Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)  yang akan dilaksanakan kerajaan negeri membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM35 juta.

Usaha yang dijalankan itu selaras dengan komitmen kerajaan GRS untuk memartabatkan taraf pendidikan di Sabah.

Apa Itu Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)

anugerah kecemerlangan pendidikan sabah

Bermula dari tahun 2022, bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar-pelajar anak Sabah disemua peringkat persekolahan, yang berjaya mengharumkan negeri Sabah samada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa, kerajaan negeri akan memberi  Anugerah Khas Kecemerlagan Pelajar Sabah (AKSA).

Syarat Kelayakan

  1. Anugerah Khas kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mewakili/mengharumkan nama Negeri Sabah sama ada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2021/2022
  2. Semua pelajar adalah layak memohon untuk anugerah ini
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta dan sertakan sijil-sijil yang berkaitan

Cara Permhonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)

  • Boleh dimohon oleh pihak sekolah atau pelajar sendiri
  • Pencalonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri sabah atau pihak-pihak berkenaan untuk mendapat anugerah ini.
  • Borang permohonan boleh dibuat turun melalui pautan berikut https://forms.gle/1avngK2JjX7YR9aV8
  • Pencalonan boleh dibuat menggunakan borang pencalonan atau manual dan dialamatkan kepada ;
Setiausaha tugas-tugas khas
pejabat menteri tugas-tugas khas (PMTTK)
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu
88450

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Anugerah Khas Kecemerlagan Pendidikan Sabah (AKSA) anda boleh layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi nombor 088-369 872 atau emailkan pertanyaan anda ke [email protected]

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu AKSA?

Bermula dari tahun 2022, bagi mengiktiraf dan menghargai pelajar-pelajar anak Sabah disemua peringkat persekolahan, yang berjaya mengharumkan negeri Sabah samada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa, kerajaan negeri akan memberi  Anugerah Kecemerlagan Pendidikan Sabah (AKSA).

Apakah Syarat Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA)?

  • Anugerah Khas kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mewakili/mengharumkan nama Negeri Sabah sama ada diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2021/2022
  • Semua pelajar adalah layak memohon untuk anugerah ini
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!