Permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan

Bagi anak-anak Negeri Pahang yang ingin memohon bantuan biasiswa, sukacita dimaklumkan Yayasan Pahang telah membuka permohonan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan Ke Universiti-Universiti Tempatan 2021.

Untuk makluman, Yayasan Pahang merupakan yayasan yang ditubuhkan pada 29 September 1983 yang mana matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.

Oleh itu, salah satu bantuan yang ditawarkan dalam bidang pendidikan ialah Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan Ke Universiti-Universiti Tempatan 2021 yang terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)
  • Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Permohonan untuk biasiswa pendidikan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 30 Jun 2021 iaitu pada hari Rabu.

Mengenai BKMB

BKMB ialah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan
akademik dan kokurikulum.

Matlamat jangka panjang pemberian biasiswa ini adalah untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha
membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Mengenai SPC YP

SPC YP ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Menerusi skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/Program Asasi (IPTA) atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang.

Jumlah Penajaan

Untuk BKMB, jumlah penajaan yang ditawarkan kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:

  • Elaun Sara Hidup: RM9240/tahun (perubatan), RM8400/tahun
  • Elaun Buku: RM1000/tahun (perubatan), RM600/tahun
  • Elaun Alat Perkakas: RM500
  • Elaun Tesis: RM400
  • Elaun Kertas Projek: RM200
  • Elaun Komputer: RM5000 (maksima)
  • Yuran Pengajian: Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian
  • Tambang Kapal Terbang: Sekali setahun pergi dan balik untuk institusi pengajian di Sabah dan Sarawak

Bagi SPC YP, jumlah penajaan sepanjang pengajian adalah seperti berikut:

  • Elaun Sara Hidup: RM5000/tahun
  • Yuran Pengajian: Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk BKMB adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    – Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    – Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut
    – Calon SPM : 9 A+ ke atas
    – Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Yayasan Pahang (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Untuk SPC YP pula, syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:
    – Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    – Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan
    mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran
    yang diambil.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan Biasiswa’ dan klik ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  5. Klik bahagian ‘Sah dan Daftar.’
  6. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Universiti Tempatan Ke Universiti-Universiti Tempatan 2021, sila hubungi Zakiah bt. Saleh atau Noorasziana bt. Abd Rahman di talian 09-5181800 atau email ke [email protected] atau [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!