Format & Contoh Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Selain surat rasmi, terdapat 1 lagi jenis surat yang ditulis untuk kegunaan tidak rasmi iaitu Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah merupakan surat yang dihantar secara peribadi dan lazimnya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya. 

Bagi murid yang mengambil peperiksaan pula, surat jenis ini adalah merupakan karangan berformat.

Isi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu:

  • Bertanya khabar
  • Mengucapkan tahniah
  • Mengucapkan takziah
  • Memberi jemputan undangan
  • Menyampaikan ucapan atau nasihat

Tips Penulisan

Terdapat beberapa tips penulisan surat jenis ini yang boleh dijadikan panduan iaitu:

  • Penulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
  • Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut dan mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima.
  • Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan panggilan yang kasar.
  • Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Penggunaan Kata Ganti Nama

Keunikan Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah penggunaan kata ganti nama beradat.

Berikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan dalam penulisan surat ini:

  • Ayah- Ayahanda
  • Ibu- Ibunda/ bonda
  • Datuk/Nenek- Nenda
  • Anak- Anakanda
  • Abang/Kakak- Kakanda
  • Adik- Adinda
  • Cucu- Cucunda
  • Rakan Lelaki- Saudara
  • Rakan Perempuan- Saudari

Format Penulisan

Terdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian seperti:

  1. Alamat Pengirim

    Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.
  2. Tarikh

    Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan diletakkan tanda noktah di hujungnya.
  3. Pembuka kata

    Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis pada perenggan pertama surat.
  4. Kata Ganti Nama Penerima

    Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat.
  5. Isi

    Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat dan dibahagikan kepada beberapa perenggan.
  6. Penutup

    Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan tujuan untuk mengakhiri surat tersebut.
  7. Tanda Tangan

    Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis.

Contoh Surat

Antara contoh-contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi yang boleh dijadikan panduan ialah:

i) Contoh surat 1

ii) Contoh surat 2

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Surat Kiriman Tidak Rasmi, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=3D89d7dq-ek.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!