FUH » Pendidikan » Hebahan Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022/2023

Hebahan Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022/2023

Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022

Untuk pelajar lepasan SPM 2022/2023 semakan keputusan rayuan UPUOnline 2022 boleh di buat mulai 22 Ogos 2022 (12.00 tengah hari) hingga 26 Ogos 2022 (5.00 petang).

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran. Tempoh setuju terima tawaran 23 hingga 27 ogos 2022.

Rayuan UPuOnline 2022

Untuk makluman rayuan hanya boleh di isi untuk pemohon yang telah mengisi permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik, tetapi gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Bagi sesi 2022/2023, permohonan rayuan telah DITUTUP. Permohonan rayuan hanyalah melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/ 

Bagi Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), permohonan dibuat melalui institusi tersebut dan bukan melalui portal UPUOnline.

Tempoh Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022

semakan keputusan rayuan_upuonline_2022_1

Untuk makluman anda juga,akses untuk semakan keputusan rayuan dibuka bermula 22 Ogos 2022 (12.00 tengah hari) hingga 26 Ogos 2022 (5.00 petang).

Bagi yang berjaya, anda diberi  tempoh setuju terima tawaran bermula dari 23 hingga 27 Ogos 2022.

Cara Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022

Berikut langkah-langkah untuk membuat semakan rayuan UPUOnline;

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022 Melalui Aplikasi UPU Pocket

Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2022 Melalui Aplikasi UPU Pocket

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Semakan Lain Melalui Apliskasi UPU Pocket

Para graduan juga digalakan untuk memuat turun aplikasi UPU Pocket ini. Selain daripada membuat Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline, aplikasi ini juga ;

  • Memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • Memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • Boleh mendapat informasi terkini tentang upu.
  • Terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Keputusan Rayuan Upu Politeknik

Bagi yang mengisi permohonan rayuan melanjutkan pelajaran ke politeknik, semakan Keputusan Rayuan Upu Politeknik juga boleh dibuat melalui Aplikasi UPU Pocket atau boleh juga melalui pautan http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan tentang semakan keputusan rayuan UPUOnline 2022, anda boleh hubungi melalui ;

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA

Jabatan Pendidikan Tinggi,

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6

Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top